Ada yang sebut Naan Cheese Garlic, ada yang Garlic Cheese Naan, ada juga Naan Garlic Cheese :D Tak kisah, janji anney yang ambil order tu faham, ye dak? Haha...
Gara² tengok entry Mak Cella makan NCG ni Ummi pun tiba² teringin juga 🤭
Malam tadi Walid bawa ke Nas Bistro, supper. Kasar² hirisan garlic ditabur atas roti tu. Lain dengan NCG yang MC makan. Lain tempat, lain rupanya dak.. Yang ni rotinya cukup lembut, cukup rasa kecuali cheese :D Tak berasa sangatlah cheese-nya tu. Tapi, tetap layyyan... Ganding dengan ayam tandoori. Ayam sedap 👍
Depa dua dengan Kakak nak roti tisu... Roti tisu ni tebal sikit, tisu dapur kot :p Tapi, the kids enjoyed it very much, that's matter.
Keluar ni selain nak makan NCG ni, nak cari kasut futsal untuk Abang. Siang cari di Bolton, ada kedai bundle kata Walid. Anak teruna sorang ni kaki saiz international, susah cari kasut 😬 Rupanya kedai bundle ni dah tak wujud :(
Malam sebelum lepak di Nas Bistro, cuba cari di Uptown depan CIMB, takde juga. Kasut budak² je. Pergi Conelli, pun takde saiz.
Tapi, dah rezeki dia... Singgah Al Ikhsan sebelum balik ke asrama tadi, adalah kasut idaman tu...
Jaga elok² ye Abang...
Tak silap minggu lepas nampak Mama Cella share entri naan cheese garlic. Sedap!
ReplyDeleteItu yang sy ikut teringin tu Kak Amie :D
DeleteSaya pun suka naan cheese garlic tapi cuma kalau disapu dengan garlic spread. Kalau tabur bawang putih kasar atas tu, tak reti makan hehe
ReplyDeleteItu la, depa letak chopped garlic...
DeletePH layan je hehe...
cheese naan sedap nyaa.. makan plak ngan ayam tandori.. peerghh
ReplyDeleteKan...pekena pulak teh tarik haha...
DeleteTidak pernah lagi makan nan bawang putih keju. Hehe sama ada nan biasa atau berkeju sahaja.
ReplyDeleteBileh bayang sedap makan bayang putih mentah atas nan.
Ada yg guna chopped garlic, ada yg guna garlic spread NA... dua2 pun sedap bg saya
DeleteLama x makan Naan Cheese...dulu ngan BF lama rajin pekena...hahaha...
ReplyDeletebiasa mkn cheese naan original tp ada kwn kenalkan garlic cheese naan kt 1 restaurant pakistan mmg sedap....kalo pegi mmg order sokmo yg garlic cheese naan
ReplyDelete