Tahun ni paling malas rasanya nak buat kuih raya 🤭 Bukan setakat tak buat, dalam perancangan pun takde bab buat kuih raya ni huhu ...
Kita tunjuk-tunjuk je la ye ...
Beli banyak untuk guru-guru kelas anak⁴. Dapat free paper bag raya dan sampul raya. Setakat ni kuih raya Mak Kasih ni masih mampu milik harganya, jadi mampulah Ummi beli untuk cikgu² sorang sikit.
By Uncle Shy, dia delivered sendiri to customers di Lembah Klang. Semperit tu sedap giler, habis dah sebalang belum sempat raya 😅
Beli dengan kawan di Ipoh, suruh dia poskan. Hancusss! Dia nak refund, tapi takpelah. Masa order pun Ummi dah maklum akan risikonya. Beli atas dasar nak support kawan-kawan.
Selain tu Walid beli rempeyek dari driver office dan Ummi juga beli kuih tiram dari Bibik. Entahlah, tahun ni serba serbi malas; nak keluar beli barang bakeri malas, nak pergi beli kerepek di Agrobazar malas, hatta nak order bebanyak pun malas! Bak kata Kassim Baba,
" Unta padang pasir pun takde malas macam kamu daaa.... "
😂😂😂
Selain yang dibeli, ada juga kuih raya pemberian rakan taulan...
Sambut raya di kampung jadi kuih raya ni biasanya lebih kepada dijadikan buah tangan dan makan sendiri je.
Untuk rumah sendiri, biasanya Ummi hidangkan makanan lebih berat; Mee, bihun, nasi dsbnya. Kalau nak top up kuih raya pun tak susah, kuih raya sentiasa ada je sekarang ni.
Haah kuih jadi sampingan selalu ada jamu makanan utama.
ReplyDeletesaya tahun ni x terbeli pulak. sejak pindah ofc, malas betul nk berjalan keluar. Kedai² dah jauh..huhu.. masa office di maju tower, senang nak cuci mata beli kuih² di Medan Mara atau bazaar depan Pertama.
ReplyDeleteSA pun beli rempeyek dari driver office kami...beli 2 balang sudahya x abis pun...suruh Dania bawak balik U x nak dia..bukan dia ada kawan katanya
ReplyDelete