Friday, 14 April 2023

Rezeki 15-21 Ramadhan

Cepat betullah Ramadhan kali ni berlalu... Dah masuk fasa terakhir dah :( 

Pemberian Maksu. Depa pi ladang Saudagar Nenas cuti sekolah hari tu. Ummi baru buka, buat masak ayam sweet sour. 

Bubur Lambuk Kg Baru dan kuih-muih pemberian syarikat. CEO sendiri yang handing out the food to everyone ๐Ÿ‘

Pemberian Ali, geng main Angah. 

Elok Ummi balas pemberian Ali ๐Ÿ‘† keesokan harinya, dia datang hantar pula bihun dan murtabak roti ni... 

Ada dermawan infaq bubur lambuk di surau untuk para jemaah ๐Ÿ‘

Bubur Lambuk Atok Man beserta bihun goreng Acik Zana. Mudah-mudahan Allah luaskan rezeki mereka sekeluarga dan diberi kesihatan yg baik buat keduanya. Setiap tahun masak bubur lambuk untuk orang ramai. Bagi yang nak kaut pahala, boleh masukkan sumbangan dalam tabung yang disediakan. 

Nasi Beriani & gang, dari siapa lagi kalau bukan En Rizal :D Lauknya Ayam Masak Kicap tapi sebab Ummi dah masak Ayam Masak Merah, Ummi simpan dulu Ayam Masak Kicap tu. 

Esok baru panaskan Ayam Masak Kicap ni. 

Ayam Masak Merah tu pun sebenarnya Ummi cuma tambah ayam je, sebab En Rizal bagi kuah extra minggu lepas. Sayang nak buang katanya, jadi dia packed untuk Ummi. Nanti nak makan masukkan lauknya je. 

Yang atas tu kuah kuzi. Nanti boleh buat makan pagi raya, tambah daging atau kambing ๐Ÿ˜‹

Puding koktail by Cik Ana

Alhamdulillah, syukur selalu ๐Ÿคฒ





 


4 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Moga sentiasa murah rezeki buat pemberi dan penerima.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....murah rezeki..Saya teringin sangat nak makan bubur lambuk kampung baru

    ReplyDelete
  3. mcm2 rezeki tu..alhamdulillah

    ReplyDelete