Thursday 27 April 2023

Raya di Baling @ Raya ke-5

Setelah 4 HARI beraya di Jitra, hari ke-5 baru kami balik ke kampung Ummi. Rekod baru ni :) Ialah, di Jitra masih ada mak ayah manakala di kampung Ummi hanya tinggal saudara-mara selain Makngah. Priority kepada mak ayah la kan...

Sebelum tu, beraya di rumah Maklong dulu. Kari ikan tu untuk cicah roti canai frozen. 

Jumpa lagi 🤗

Sampai di Baling, terus ke rumah Maklang Di.  'Jumpa' kuih ni...

Selain Kuih Siput, Coq Peneram juga punya nostalgia tersendiri. Setiap kali raya, Arwah Tok akan bawa bahan mentah seperti tepung, gula merah dll ke rumah seorang jiran ni (Ummi lupa sungguh siapa orangnya) untuk minta jiran tu bancuhkan adunan Coq Peneram ni. Setelah beberapa kali diberi tunjuk ajar, baru Tok confident untuk buat sendiri. Alhamdulillah, bila Tok dah mahir Maklang Di pula datang belajar dengan Tok. Kadang tu depa dua bergilir² buat kuih ni menjelang raya; hari ni di rumah Tok, esok atau lusa di rumah Maklang Di pula. 

Singgah di rumah Tok Long Dah. 7/5 akan diadakan kenduri kawin cucunya tapi kami tak dapat hadir, begitu juga family Jitra. Katanya ada gulai batang pisang 😋

Kemudian ke rumah Makngah...

My latest cucu 😍
Sorang lagi, Ean dah balik KL. Yang tu lahir 14/2, 4 hari lepas Wan (datuknya) meninggal dunia. 

Usai lunch dan solat, kami bergerak meninggalkan Baling. 

Cuaca di sana hot giler :D 

Bukan setakat Baling, di Jitra laaaaagi panas. Sementelah kita di rumah mertua; bertudung, berstoking... Berkicaplah jadinya 😂

Beraya di atas highway pula... Standard-lah, dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora merangkak-rangkaklah sikit...

Alhamdulillah akhirnya sampai ke destinasi :D 

Sebelum dinner dan laundry baju, cuci mata sekejap di Mydin Mall. Walking distance je dari T Hotel, tempat penginapan kami malam tu. 



6 comments:

  1. jauh beraya nya tu ye PH hehehe... semoga perjalnan pulang yang smooth ye nnt :)

    ReplyDelete
  2. seronok tengok PH beraya... byk tmpt ziarah, alhamdulillah mengeratkan silaturrahim..

    ReplyDelete
  3. raya tahun ni mmg panas lain mcm

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya, semoga selamat sampai ke destinasi

    ReplyDelete
  5. Raya kali ini kebanyakan laluan kita sama la PH..
    Big Field,Jitra,Baling..
    Opkosla PLUS pun sama..Cuma PH exit Jitra..saya exit Pendang

    ReplyDelete
  6. Seronok tgok PH beraya..jauh perjalanan...siap pi perlis lagi...

    ReplyDelete