Tuesday, 15 November 2022

Petua Nasi Lembik Jadi Elok


Tak ingat baca kat mana ntah, pasal petua ni. Baca sekadar untuk ambil tahu. 

Ditakdirkan malam kelmarin tanak pulut dalam rice cooker baru tu, lembik pulak jadinya. Teringatlah pulak petua yang dibaca tu, jadi Ummi cubalah...

Ambil sekeping roti, letak atas nasi/pulut tu. Biarkan seketika, biaq roti buat kerja dia :p

After few minutes, tadaaa....

Alhamdulillah, pulut tu jadi elok. Lebihan air diserap oleh roti tu. 

Pulut tanak bersama ikan pekasam dan kelapa parut. Walah! Untuk anak3, depa makan dengan ayam goreng AF. 

Ikan pekasam tu Tok Umi kirim kepada Paksu. Macam-macam kirimannya; ikan sepat masin, ikan talang masin, asam jawa, serbuk kunyit homemade, asam keping... Alhamdulillah, rezeki. 

Singgah market pagi tadi, beli nangka muda sepeket. Balik rumah terus buat masak lemak+ ikan talang masin tu.  

Petua yang dikongsi ni applicable untuk nasi juga ye. Bolehlah cuba kalau tiba-tiba nasi yang kita masak tu terlebih air :D  

Lastly, minta maaf tak sempat blogwalking, sibuk berkempen! Berkempen (baca: mengemas) dalam rumah, luar rumah, atas rumah, bawah rumah... It drains out my energy :( 


23 comments:

  1. tudia...ammi baca pulut, pastu ada nangka terus rasa sebu perut. hahahahah dasar perut ngengada.

    kalau nasi keras camna nak buat... ammi dah terbiasa masak nasi pakai pressure cooker haritu masak pakai rice cooker jadi keras kejung pastu tak reti nak ejas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nasi keras kita buat nasi goreng je Ammi :p
      Sori, taktau pulak yg tu. Kalau nasi mentah tu katanya letak secawan air.

      Delete
  2. Wah.. br tau tips ni.. selalu kalau nasik mentah kurang air mak ckp masuk cili kering.. tq share tipsnya PH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan nasi mentah kakmim, kalau nasi terlebih air tau. Nasi mentah lain caranya kot

      Delete
  3. Pertama kali kita dengar (baca) petua guna roti ni. Yang kita tahu, guna telur (masukkan telur mentah). Kalau lepas ni nasi atau pulut terlembik, boleh guna petua ni, lebih mudah nak campak roti dalam periuk panas banding nak masukkan telur, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak tau pulak petua guna telur mentah tu SK. Tq jugak share 👍

      Delete
  4. mcm pernah terbaca..tapi x ingat.
    kalau nasi keras ibu ajar, letak secawan air dlm periuk tu biar on je suis or api tu, so wap air tu akan melembut kan nasi tu..lebih kurang mcm tu la konsepnya. pernah buat and its help la. nasi terlebih air, biasa nya telan je..he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x berapa suka nasi lembik-lembik MA , tak lepas nak telan huhu... Itu yg try petua ni

      Delete
  5. Roti tu just biar dalam piuk.. Pastu piuk kena tutup or buka penutupnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, biar roti tu dlm periuk dlm 10 minit. Tutup periuk tu dan biarkan aje butang on tu. Jgn tutup suisnya ye

      Delete
    2. Sori, biar saja pada butang warm

      Delete
  6. Baru tahu petua begitu.
    Banyak dapat buah tangan.

    ReplyDelete
  7. Ooh..terima kasih berkongsi. Tak tahu pun.
    Tapi kan, masa letak roti tu nak tutup periuk atau tak? Pastu rice cooker kat butang cook atau warm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak roti, tutup periuk. Suis jgn off dulu, biar je pada butang warm.

      Delete
  8. TQ tips tu..
    PH...semalam punya semalam saya pi Ramly Halal Mart kat Bandar Tun Razak..nak memancing salmon..Tapi harga sekilo RM49
    Yang pack 3/4 slices semua RM30++
    Mungkinkah harga di sini tak sama dgn di Gombak/Batu Cave tu.Mungkin kah juga harga dah naik.
    Kalau PH pi lagi Ramly tu..update yer..Kalau harga masih macam PH beli hari tu..saya nak pi kat sana...
    Rindu dengan salmon ( yg mampu milika)🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ya ka?
      Nanti kalau sy pi sana sy tgk kan...tp sy beli tu yg frozen tau MC. Hat tu ja mampu 🤭

      Delete
    2. Ya PH ..memang saya pun makan yg frozen ja mampu🤭
      Yang tgk kat Ramly mart BTR ni pun frozen la..
      Andai kata memang lain tempat lain harga..saya sanggup pi tempat PH tu demi solomon....salmon

      Delete
  9. dalam rumah, luar rumah, atas rumah, bawah rumah, tuan rumah ... It drains out my energy ;p

    ReplyDelete