Monday 3 October 2022

Ujian Pagi Isnin

Usai urusan persekolahan anak3, balik ke rumah. Hari yang cerah, sidai baju di rumah. Jika mendung, bawa ke laundry untuk dikeringkan. Homestay SG tidak sediakan ampaian, sekadar towel hanger. 

Sambil menyidai kain, sambil melayan bff kecil, Rizqi:) Manja pulak hari ni, minta didukung. 

Sekali terpandang tayar kereta. Flat ni... Semalam Walid dah tolong isikan angin, hari ni kempis teruk :( 

Kalau Walid tiada, minta tolong brother ni isikan angin tayar...

Namanya Saiful, kami gelar "Kawan Mari". Suka dia kalau nampak Walid datang isi minyak; 
"kawan mari...ada sihat?' Tegurnya sambil tersenyum lebar :D 

Syukurlah Ummi perasan tayar ni kempis bila semua urusan sekolah anak3 dah selesai. Kalau tidak, mesti gelabah 😅

Usai segala kerja di rumah, bawa Queen ke bengkel. Dalam hati nak ke bengkel Tauke Leong di Bolton. Ikut jalan belakang, lalu Konoha Tyres tapi belum buka. Teruskan perjalanan, nampak bengkel Continental ni dah buka. Terus berhenti.

Bocor ...bocor... Sambut pekerja yang kebetulan tengah kemas bengkel yang baru dibuka. 

"Ada pakulah Kak"... 

Cukup setakat tampal je alhamdulillah. 

الحمد لله على كل حال 

19 comments:

  1. Mcm SA kena sblom ni..kempis dan pecah terus..ntah lubang mana Pak Zain langgar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun tak tau lah kat mana terkena paku tu :(

      Delete
  2. Alhamdulillah boleh tampal, klu tak kena keluar duit lagi nak tukar tayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sbb tayar tu baru lagi, bunga pun banyak lagi.

      Delete
  3. Syukurlah tayar kempis setelah selesaikan urusan sekolah anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak, kalau sedar di tengah jalan ke, gelabah jadinya :D

      Delete
  4. Alhamdulillah, masih boleh ditampal saja.

    Kawan mari..hehe
    Orang Bangladesh ya dia?

    ReplyDelete
  5. Nasib baik sempat bawa kereta yang tayarnya kurang angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun kena tegur juga dgn mekanik, kalau jauh2 jangan bawa...nanti tayar rosak, rim kemek dsbnya

      Delete
  6. syukur alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan seharian PH sekeluarga .

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, tak ada kerosakan tayar yang teruk. Mudah2an dipermudah urusan PH sekeluarga, Aminnnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq SK...
      Alhamdulillah semuanya baik-baik aja :D

      Delete
  8. mujur lubang kecik..kalau tak kempis lagi poket

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..masih boleh tampal cacing tu ye🤭
    Katanya sekarang tayar naik mencanak harga..huhuhu

    ReplyDelete