Maklang Di kalau buat kenduri tak pernah tak meriah. Kalau buat kenduri kesyukuran/tahlil pun ramai jemputannya, Inikan pula kenduri kahwin anak bongsu.
Boleh kata 3 hari 3 malamlah pakat berkumpul di rumahnya. Rindu Ummi dengan momen merewang ni tapi itulah takde rezeki nak ikut serta.
Setimbun nasi Ummi 😅
Lauk utama semestinya Gulai Batang Pisang. Ada ulam, ikan masin, kurma telur... Inilah lauk pilihan jika kenduri kahwin di kampung kami. Ayam Masak Merah jarang sebab lebih kepada gulai daging bersama umbut pisang (Gulai Batang Pisang).
Alhamdulillah Ummi sangat happy attend kenduri ni sebab Ummi dapat jumpa sanak-saudara yang dah lama tak bersua. Tak tau nak gambarkan perasaan gembira dan teruja tu. Ummi ni ibaratnya perantau, sesekali je pulang ke kampung. Kalau balik pun hanya ke rumah Maklang Di sebab kesuntukan masa nak ziarah semua. Makngah pula tak tinggal di kampung ni. Tanah pusaka dan rumah pusaka pun entah apa statusnya :( Sesekali dapat berjumpa begini, gembira tak terkata. Ramai yang sayang dan rindu kat Ummi rupanya haha...
Lama dah tak makan kenduri di kampung Ummi, sampai dah tak ingat bila kali terakhir. Mungkin kenduri Amir tahun 2019 dulu kot. Arwah Pakcik dan arwah Tok pun ada lagi masa tu. In between ada sanak-saudara yang kahwin tapi terhad jemputannya sebab PKP.
Alang-alang dah parked kereta di rumah Wancik, terus Ummi ajak anak4 ke bendang, playground Ummi kecik-kecik dulu :)
Bendang-bendang di kampung Ummi sekarang dah dipajak kepada Tauke Cina. Takde lagi yang mengusahakan sendiri. Dulu bendang ni jadi tempat favorite orang kampung; main wau, tangkap ikan, berkelah, menyicah atau sekadar ambil angin petang. Di bukit belakang tu pula kebun getah orang-orang kampung. Tokwan takde kebun getah sendiri, sekadar ambil upah menoreh. Hari cuti Ummi suka ikut Tok kutip getah sekerap. Kadang tu Tok Wan bawa kami (budak-budak) kutip hasil hutan; buah bertam, buah rotan, pucuk cemperai, buah berangan, buah kelubi dsbnya. Best!
Charok ni macam tali airlah... Ada 3 charok; Charok Tepi, Charok Tengah (tempat kami berkubang mandi, lepak atas titi dan berkelah) dan Charok Bukit. Charok Bukit ni semak sikit tapi sesuai untuk mengail.
Dulu ada banyak pokok rumbia dan lubuk ikan di sini. Seronok menyauk anak-anak udang di tepi Charok Tepi ni. Air cetek je masa tu. Titinya pun hanya batang kelapa je. Alhamdulillah tak pernah pula dengar ada yang jatuh. Yang sengaja terjun tiruk ke dalam air adalah :D Tapi, paling best mandi di Charok Tengah. Ada pokok keriang tempat kami terjun ke dalam air haha... Ada juga pokok jambu batu isi putih yang jadi tempat lepak Ummi dan Maklang Ja. Pokok tu ada semut api, pi panjat juga :D Kalau lama sangat kami melepak di sini, nanti arwah Tok Wan mai jenguk. Risau agaknya ☺️
Selamat Pengantin Baru Syafiq & Nadiah.
Maksu sekeluarga doakan agar kalian berdua berbahagia selalu hendaknya aamin.
Baca post PH hari ni, terasa macam baca post Mak Cella pulak. Kisah bendang dan zaman kecik2. Sy pertama kali tahu apa itu charok. Zaman sy kecik dulu, jangan haraplah dapat buat aktiviti ni. Mampus kena tibai, hahaha.
ReplyDeleteHahaha...kita pun baca macam kita ikut sekali PH menyusuri jalan-jalan kenangan tu
DeleteApa boleh buat, kamikan sekapal :D
DeleteLebih kurangkan jalan cerita hidup kita kecik2 MC 😁 Sy pun bila baca post2 nostalgia MC auto teringat zaman kecik2 dulu hehe..
Suami pun membesar di kampung, byk anak sungai dan parit air. Sama la, katanya dulu2 sungai dan parit air jernih2 airnya, boleh nampak ikan kat dasar. Balik sekolah je aktiviti utama mandi sungai.
ReplyDeleteSekarang takde sapa berani terjun sungai sbb ada buaya. Air pun keruh, tak pasal2 kena tarik buaya ke dasar sungai huhu…
Yg membesar di kampung bolehlah relate dgn kenangan PH ni :)
DeleteLately selalu dengar berita pasal konflik buaya & manusia :(