Monday, 5 September 2022

Penat Tapi Berbaloi

Jumaat Walid sampai dari Johor jam 5.30 ptg. Jam 6.30 keluar semula ke MO, ada dinner dengan geng office. Pukul 12 baru sampai rumah semula.

Sabtu jam 9.00 pagi berkonvoi di atas jalan raya dengan rakyat jelata pelbagai lapisan masyarakat, pakat balik kampung. Ada yang nak ke Utara, ada yang nak ke Selatan, ada pula menghala ke Pantai Timur. Berpusu-pusu balik kampung umpama nak balik raya :D 

Takpa, semua orang nak jumpa mak ayah, nak jumpa keluarga, nak makan kenduri, nak bercuti... Biasalah, cuti sekolah dah mula 🤩

Ipoh Mali Talak Sombong... Tumpang lalu ye orang Ipoh... Kerja Ummi ambik gambar je la, nak hilangkan bosan :D 

Sampai di Sg Dua, hujan lebat.

Masuk Kedah, panas elok cuacanya... 

Dari KL hingga ke Aloq Staq dok makan jem, sampai di Gurun singgah beli Burger Ramly. Pukul 4.30 ptg baru nak lunch. Lemon cake ni included dalam Family Combo yang Ummi beli tu. Boleh tahan sedap. 

Dinner Tok Umi masak Mee Tulang, Uda masak nasi goreng dan Maklong bawak cendol. 

Ahad jam 11.00 bertolak dari Jitra ke Baling pula. Singgah sini sat, beli pulut ayam.

Inilah tujuan utama balik kampung, nak meraikan jemputan kenduri kahwin dari Maklang Di kesayangan budak4 ni. 

Meriah betul kendurinya. Paling seronok kehadiran Ummi pun disambut meriah oleh saudara- mara sebab dah lama kami tak bersua. Lama jugalah di kampung. Hampir pukul 3 baru bergerak balik.  

Terowong Menora, jam 7.36 mlm. Kereta bersusun-susun menghala ke selatan. Kami singgah bermalam di Ipoh. Isnin pagi baru sambung perjalanan. 

Sebelum balik kampung tu, banyak kali juga fikir nak balik tak balik. Fikirkan keadaan rumah, penat berulang-alik sejak menyewa, kos dsbnya terutama selepas kebakaran tempohari. Tapi, duduk saja menunggu di sini pun takde apa nak dibuat pun dengan rumah tu. At least balik kampung dapat juga bertukar angin. Lagipun tidaklah Tok Umi dan Tok Ayah risau sangat. Ikutkan depa nak datang tengok sendiri keadaan kami, tapi nak duduk di mana pula kan? Jadi, lebih baik kami balik ziarah mereka, dapat pahala :) Lagi satu, kenduri Maklang Di tu sukar juga nak dilepaskan. Kenduri last ni sebab semua anak4 Maklang Di dah kahwin. 

Alhamdulillah niat kami Allah permudahkan. 

14 comments:

  1. Betul tu PH, lari sekejap balik ke kampung ambik angin dan mood, hilanglah sekejap stress lepas apa yg berlaku. Dapat berkumpul sanak-saudara tu mmg seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rasa seronok tu melebihi rasa penat :D

      Delete
  2. Setuju, PH. Duduk jer pun sama jer kekdahnya. Salute dgn PH dan walid. Selamat pengantin baru juga buat anak Mak Lang.

    ReplyDelete
  3. Hehe saya pun berbelah bahagi. Mula-mula teruja lepas itu mula banyak fikir.
    Rasanya saya pun pergi kenduri sebab bukan selalu ke Kelantan. Insya Allah.
    Harap PH lepas balik kampung rasa bertenaga semula untuk hadapi rumah sendiri. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kembali bersemangat hihi...
      Selamat bermusafir NA.

      Delete
  4. Jalan sesak tu yang buat lagi penat kalau jalan clear okay je meluncur laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang dah nak meluncur laju skrg ni Mrs A, asal hujung minggu je hiway jam :(

      Delete
  5. Alhamdulillah...
    Huh,KL-Jitra-Baling-KL...mau 1000km++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh claim mileage, kaya dah kami MC 😂

      Delete
  6. Memang penat, tambah pulak melayan jem.
    Tapi dapat buat banyak hal, kuranglah rasa penat tu kan.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ujie, semuanya dipermudahkan. Dapat balik dua-dua kampung pulak tu :)

      Delete
  7. Seronok dapar berjalan ke negeri orang.. Kita serupalah Pn. Hazel sejenis suka ambil gambar dalam perjalanan untuk elak bosan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputlah ke Negeri Jelapang Padi LZ :)
      PH tak suka tidur, lagi suka tgk pemandangan smbl teman suami memandu.

      Delete