Alhamdulillah, ikatan pertunangan Yue berakhir di jinjang pelamin. Syukur alhamdulillah.
Ayel ni sibuk je 😁
Pelamin simple je, sekadar untuk bergambar kenangan. Takde sanding-sanding pun.
Perutusan raja sehari...
Kami sampai tu pengantin dah selesai bersantap. Punyalah ramai nak bergambar, sampai Maksu pun terpaksa makan dulu hahaha... Padahal lapaq :p
Serbu lauk ni hah ...gulai daging batang pisang, juadah istimewa kebanggaan orang Baling. Selain nasi, ada juga bihun sup dan bubur kacang airtangan abang dan kakak ipar pengantin. Pandai rupanya Abg Ery & Kak Aida memasak.
Alhamdulillah dapat jumpa adik-beradik dan saudara-mara belah Ummi. Balik raya tempohari tak sempat jumpa semua. Dapatlah kenalkan anak4 dengan saudara-mara yang jarang bersua. Antaranya Maklong Liza, sepupu Ummi yang dah lama tak jumpa. So happy to see you again Kak 🤗
Kak Ah pasrah je anak dia jadi rebutan dan 'mangsa buli' haha .. Sebab Aisy ni ahli keluarga kami paling kecik dan paling muda setakat ni :D
Puas bersembang, makan dan bergambar pukul 3.30 baru kami minta diri. Konvoi dengan Makcik yang nak ke SP hingga ke Parit Panjang. Besok tu konon nak ke Padang Besar, tapi tak jadi :(
Hujung minggu ni akan berlangsung majlis di pihak lelaki di Terengganu. Maaf, Maksu tak dapat hadir sebab nak kena hantar Abang balik ke asrama. Tapi, doa Maksu sentiasa mengiringi perjalanan baharu Yue & Ayie 🤗
selamat pengantin baru, moga kekal bahagia hingga ke jannah!!
ReplyDeleteBilalah hendak dapat makan gulai daging batang pisang? Hehe kena dapat jemputan dari Kedah nampaknya.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru.
sejak pkp..lama tk pegi wedding
ReplyDeletebarakallah buat pengantin. Cantik pelaminnya. Simple & tak sarat dengan decoration.
ReplyDelete