Lepas solat Jumaat, Walid jemput Abang di asrama. Balik rumah mandi, tukar baju semua barulah bertolak ke Ipoh sekitar jam 4 ptg.
Lebih kurang jam 8.15 mlm kami sampai di De-Ina Homestay.
Tak jauh pun dari Mydin Meru tu. Memang strategik lokasinya; dekat kedai makan, kedai runcit/kedai serbaneka dan segala kemudahan yang ada di Meru tu semuanya in the vicinity.
Ruang tamu yang luas dan selesa. Disediakan juga sejadah, iron dan iron board di ruang ini.
Ini master bedroom, ada aircond. Awal-awal aircond kurang sejuk (aircond lama, biasalah macam tu) tapi tengah malam, pakat berebut selimut haha...
Bilik air agak old school but it serves the purpose. Itu yang pentingkan? Bilik air kedua Ummi lupa ambil gambar. Yang itu tandas cangkung.
Bilik kedua dan ketiga ..
Ada loteng...
Kalau datang ramai-ramai loteng ni pun boleh dijadikan tempat tidur. Hero2 kami tidur depan TV je, layan movie kot. Entahlah, Ummi masuk tidur awal.
Dapur yang kemas, bersih dan lengkap dengan peralatan memasak serta pingan mangkuk untuk kegunaan penyewa homestay.
Sebelum checked out, sempat juga Ummi guna peralatan tuan rumah untuk panaskan makanan...
Cik Leha bagi laksa Khamis malam. Spaghetti carbonara Kakak bawa balik dari sekolah. Ada sambutan hari jadi classmate dia. Jadilah untuk alas perut sebelum makan kenduri Yue. Alas perutlah sangat, padahal makan nasi lemak bungkus juga :p
Sewa homestay ni RM150/semalam. Owner sangat baik dan mesra orangnya. Rezeki juga dapat bermuamalah dengan orang baik-baik ni, disamping penginapan yang memuaskan.
De-Ina Homestay
11 Lengkok Meru Permai 1
Halaman Meru Permai
30200 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
No tel: sda 👆
Ya Allah murah harga penginapan, tempat pun strategic. Kalau saya merayap sekitar cuci mata :)
ReplyDeleteKalau tak kerana penat makan jem, dah merayau dah NA:)
DeleteWah ada loteng, menarik.
ReplyDeleteMemang rezeki sungguh ni PH dapat harga gitu dengan rumah yang memuaskan.
Itulah, w/pun ada sedikit kekurangan (sinki bocor) tapi tetap puashati alhamdulillah.
DeleteLaaa..dok baca Meru..ingatkan Klang🤭
ReplyDeleteMeru Ipoh tu MC :)
Delete