Monday, 17 January 2022

BtS II ~ Angah

Hari ni 17/1 Angah kembali ke sekolah (back to school - BtS). Itupun esok cuti pula, Thaipusam

Buka  sekolah hari ni terus exam (PAT). Minggu ni subjek akademik, 7/2 nanti baru sambung subjek elektif dan agama pula... Minggu depan turn Team A ambil exam. 

Kakak pun exam juga hari ni. Tapi, dia akan habis exam minggu depan sebab Tahap 1 tiada penggiliran. 

Aunty Farah "Aiyya, masuk tahun baru tapi belum naik darjah ka?" Haha... Bercerita dengan orang yang takde anak sekolah pening depa 😆 Tambahan pula pelbagai perubahan yang berlaku di zaman pandemik. 

Sekarang ni tak kisahlah hari pertama sekolah ke hari ke seratus ke, jem sedia-sedia :( 

Jalan besar Sri Gombak tu pun agak sesak hari ni sebab jalan menghala ke Batu Caves ditutup sempena Thaipusam. Ramai terpaksa cari jalan alternatif untuk keluar/masuk ke kediaman atau tempat kerja masing-masing. 

Gambar atas tu nampak langit cerah je kan? Petang ni hujan, alhamdulillah. Balik dari Kampar semalam, layu pokok-pokok Ummi. Tak hujanlah sepanjang kami di sana maknanya. 

Lega Ummi bila pokok-pokok ni segar semula :) 

p/s: Belum sempat ziarah kawan-kawan maya, so sorry 😔

4 comments:

  1. memang berbeza sesi persekolahan tahun ini
    Dah naik tahun tapi belum naik darjah

    ReplyDelete
  2. Hehe kembali pening dengan kesesakan jalan.
    Sini masih panas dengan angin kuat.

    ReplyDelete
  3. Sekarang jalan sesak tak kirs waktu dah. Kat Ampang ni pun kekadang office hour pun banyak kereta di jalanraya. Sampai rasa pelik " ehh diorang ni tak kerja ke?"

    ReplyDelete
  4. anak2 aida exam this 2 months.
    sebelum naik darjah / tingkatan sessi 2022/2023.

    anak-anak spm & pt3 sessi akan dtg.
    hu hu hu hu tak boleh nak enjoy sgt la, hazel.
    planning camping pun setakat mac je skang ni.
    the days after tu, kena tgk jadual anak-anak.

    ReplyDelete