Gara-gara mencari resepi yang mudah tapi sihat dan berkuah dek kerana ketidakselesaan yang ditanggung akibat sakit telinga, Ummi jumpa resepi Singgang Ayam ala Thai. Baru tahu ada singgang ayam. Selama ni Ummi tahu ikan singgang je... Singgang daging Ummi pernah dengar sebab hari tu Mak Bee minta lengkuas dengan Ummi, katanya nak buat singgang daging.
Singgang sejenis hidangan ringkas yang sangat menyelerakan dan berkhasiat. Walaupun sakit, tapi tetap bertambah nasi hihi...
Resepi: Singgang Ayam ala Thai
Bahan-Bahan
Bawang putih - dihiris
Bawang merah - dihiris
Halia - dihiris
Lengkuas - dihiris
Kunyit hidup - dihiris
Serai - diketuk
Cili api - dihiris
Ayam
Air secukupnya
Tomato - Ummi tambah
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan (kecuali ayam & air) hingga naik bau.
2. Masukkan ayam. Kaup balik sebentar hingga ayam sedikit kecut.
3. Masukkan air, garam dan perisa. Ummi tak letak perisa sebab nak menikmati rasa dan aroma serai, kunyit lengkuas semua tu. Biarkan hingga mendidih. Tutup air. Siap!
Mudah sangatkan?
Haah mudah.
ReplyDeleteBagus menu mcm ni, sihat dan meningkatkan imuniti
ReplyDeletetak boleh jadi. lapar ray tgk
ReplyDeleteaida pernah sekali buat singgang ayam ni.
ReplyDeletecouple with sambal belacan :)
kan pernah trending lauk ni kat fb.