Sunday, 2 May 2021

Resepi ~ Kuih Bakar Pandan Tok Nya

Bukan tak pernah buat Kuih Bakar Pandan @ Kuih Bakar Kemboja ni. Tapi, bila jumpa resepi baru teringin juga nak mencuba. Kuih bakar memang kegemaran Angah. Sekali makan memang tak cukup seketul!

Kali ni Ummi dapat resepi warisan keluarga Tunku Shahriz. Resepi ni featured in The Star pada 18/4/2021. 

Credit: The Star & Tunku Shahriz

Dan Ummi juga baru tahu namanya Kuih Bakar Kemboja sebab acuannya dikatakan berbentuk seakan bunga Kemboja. Ummi ingat resepi ni berasal dari negara Kemboja. Adoilah Ummi! 

Istimewanya resepi ini adunan kuih ditapis sehingga 2x. Hasilnya, kuih bakar kita jadi sangat lembut. Sukatan 1/2 cawan gula tu sedang elok manisnya walaupun mula tu Ummi macam tak yakin sukatannya. Yelah, kuih tradisi sebegini kena seimbang manisnya, lemaknya barulah sedap. Dan sukatan yang diberi tu dah betul dah, ikut je. انشاء الله elok jadinya nanti. Menurut kata Tunku Shahriz, kuih bakar resepi warisan keluarganya unik kerana menggunakan minyak sapi di dalam adunannya. Inilah rahsia keunikan Kuih Bakar Pandan Tok Nya, nenek Tunku Shahriz. 

Resepi: Kuih Bakar Pandan Tok Nya
Sumber: Tunku Shahriz via The Star

Bahan-bahan
8 helai daun pandan
1/2 cawan air
4 biji telur gred A
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
2 s/b minyak sapi - dicairkan
Secubit garam

Cara-cara
1. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air. Tapis dan ketepikan 
2. Preheat oven 180°C, api bawah sahaja
3. Di dalam mangkuk besar, pecahkan telur dan pukul bersama gula hingga gula hampir larut. Jangan guna whisk, nanti udara masuk dalam adunan. Ummi pukul manja je.
4. Masukkan santan dan air pandan tadi dan kacau lagi hingga gula larut sepenuhnya.
5. Tapis adunan ke dalam mangkuk lain. 
6. Masukkan tepung. Kacau dan Gaul sebati. Masa ni tepung berketul-ketul kecil jadi Ummi ramas-ramas dengan jari agar ianya sebati. 
7. Tapis adunan sekali lagi.
8. Masukkan minyak sapi dan garam. Gaul sebati.
9. Masukkan acuan ke dalam oven dan panaskan selama 15 minit. Ummi guna cake tray sebab takde acuan berbentuk bunga Kemboja tu. 
10. Sapu minyak sapi pada acuan yang sudah dibakar. Tuang adunan 3/4 penuh acuan. 

11. Bakar selama 20 minit/180°C dengan api atas & bawah. 

Note to self:
# Ummi bakar pada suhu 190°C.
## Kemudian tambah Iagi 10 minit untuk garingkan bahagian atasnya (api atas shj). 

Seeloknya biarkan sejuk dulu baru dipotong. Tapi Ummi buat lambat, dah dekat nak berbuka...jadi potong je terus, tak berapa cantiklah potongannya. Tapi, rasanya 5 bintang haha... 

Cuba tau! 


11 comments:

  1. Hahaha.. kita pun selama ni ingat resepi dari Kemboja, rupanya bentuk bunga kemboja, sabar ajelah.. tapi, kita suka kuih ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Lama dah tak makan kuih ni.

    ReplyDelete
  3. Biasa jumpa kuih bakar yang bentuk macam kuih akok tu je hehehe.
    Makan panas panas lagi sedap kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas ke sejuk ke, licin je kuih ni hihi...

      Terima kasih singgah sini 🌹

      Delete
  4. Dapat bayang rasa dan kembutan.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kuih bakar.. makan panas-panas pun best..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semoga resepi arwah nenek saya menjadi manfaat kepada semua.

    ReplyDelete