Masa dapat parcel dari Tok Umi tempohari, seronok sebab ada sambal bilis. Tapi duit raya takde pun macam tahun lepas ๐คญ
Rupanya Tok Umi ingat kami boleh balik beraya di kampung tahun ni ๐ญ๐ญ๐ญ Bila confirm tak boleh rentas negeri, Tok Umi kirimkan satu lagi parcel untuk kami.
Lagi terkejut bila buka, siap ada kuali! Oh my mak mertua ๐๐๐
Kuali beli di kedai Hj Ismail Group, Langkawi. Tok Umi ke sana bulan 3 tempohari, sempena birthday Tok Ayah. Masa tu Kedah PKPP, boleh rentas daerah. Ramai yang ambil kesempatan untuk makan angin di Langkawi.
T-shirt Langkawi for kids...
Ada kuih raya, kurma, coklat dan duit raya yeay!
Belated birthday gift & card from Uda to Angah. Adik pula dapat advanced birthday gift & card ♥️
Alhamdulillah rezeki. Moga Tok Umi Tok Ayah sihat-sihat selalu. Rindu, dah lama tak jumpa!
Rendang Tok ni pula kiriman dari Paksu. Tempah dari kawannya dan directly sent to us. Raya ketiga baru bukak rasanya sebab habiskan lauk-pauk yang ada dulu. Rendang ni elok packaging-nya, tahan lama jadi Ummi simpan dalam freezer dulu.
Alhamdulillah walaupun jauh dimata, tetap dekat di hati :)
Besarnya bungkusan. Semoga murah rezeki Took Umi.
ReplyDeleteAllahu.. meriah bungkusannya..
ReplyDeleteWah! bestnya macam-macam ada ๐๐๐ rezeki bulan Syawal. Selamat hariraya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin buat PH dan family.
ReplyDeleteAllah! Rezeki Allah. Macam-macam ada. Memang meriah sungguh!
ReplyDeleteSelamat hariraya maaf zahir batin buat pH sekeluarga
ReplyDelete