Sekarang ni makin banyak hotel yang dibuka di Meru, Ipoh. Demand tinggi area ni especially during festive seasons. Kami pun dah banyak kali menginap di Meru ni bila balik kampung. Macam-macam hotel dah kami stay.
Yang terbaru kami menginap di Hotel Sun Inns awal tahun ni. Bila dah dapat sijil mati Tok, hari Sabtu sebelum balik ke ibu kota kami singgah dulu di Baling untuk serahkan sijil mati tu bagi urusan khairat kematian kepada sepupu Ummi.
Dari Jitra ke Baling dah 1 1/2 jam. Kemudian 3 jam lagi untuk sampai ke Meru/Ipoh. Tahu sajalah kalau dari kampung nak balik ke ibu kota, bukannnya lepas Subuh berdesup keluar rumah. Nak masak, makan-makan, singgah sana singgah sini dekat pukul 10 baru bergerak. Sampai di Meru tempohari pun dah hampir pukul 4. Eloklah berehat dulu. Esok (Ahad) bukan kerja pun :D
Hotel Sun Inns Meru...
Kami pilih family room... 4 katil. Bersih, kemas dan selesa hotel ni walaupun sedikit sempit untuk kami berenam.
Dalam beg ni diisi dengan tuala dan remote controller TV & aircond. Masa check out return to the hotel seperti mana kita dapat semasa check in.
Ummi tak ingat dah berapa rate, tapi <RM150 kalau tak silap. Standard rate for budget hotel-lah. Lokasi hotel ni di belakang Gulati's, di shoplot baru. Berhadapan dengan Sun Inns ni ada lagi satu hotel bajet juga. Next time انشاء الله
ok juga harganya tu, affordable :)
ReplyDeleteBoleh cuba hotel-hotel yang berbeza. Nampak ceria warna dinding.
ReplyDeleteboleh la klo setakat nk melepaskan lelah kan..harga normal laa
ReplyDeleteWe Offers Financial Consulting To Client, Companies Seeking Debt / Loan Financing And Seeking For Working Capital To Start A New Business Or To Expand Existing Business. Interested Parties Should Contact Us For More Information Through Via E-mail: financialserviceoffer876@gmail.com
ReplyDeleteWhats-app us on +918929509036