Ummi kongsikan di sini pengalaman menguruskan jenazah Tok selepas disahkan kematiannya. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi yang memerlukan. Setidaknya jadi kenangan untuk kami sekeluarga.
Urusan Ummi jadi mudah dengan kehadiran Ustazah R yang banyak menunjuk ajar kami. Sya juga banyak membantu menyiapkan perbaringan arwah. Terima kasih banyak.
1. Ustazah minta Ummi ambilkan minyak kelapa/minyak zaitun/minyak bayi untuk diurutkan pada sendi-sendi Tok. Sebelum tu sekilas Ummi nampak Ustazah baca doa dan tutupkan wajah arwah dengan selimut.
2. Ummi dengan bantuan Abg Anas bersihkan Tok dari sebarang najis.
3. Sediakan tempat pembaringan jenazah iaitu tilam bersaiz single di ruang tamu. Tilam dialas dengan cadar dan bantal. Seeloknya gunakan cadar tebal kerana ada kemungkinan jenazah akan diusung bersama cadar tersebut ke dalam keranda untuk memudahkan urusan seperti yang dilakukan kepada jenazah Tok.
4. Kemudian jenazah Tok kami bawa ke ruang tamu. Ustazah minta Ummi ambilkan kain kecil & nipis (seeloknya) untuk ikat kaki (agar rapat) dan tangan (dalam posisi qiyam). Ini perlu dilakukan sebelum jenazah mula mengeras. Satu lagi biasanya bahagian muka jenazah juga diikat tapi untuk jenazah Tok tak perlu sebab mulut Tok terkatup rapat.
5. Tutup aurat jenazah dengan sepatutnya; rambut dimasukkan ke dalam serkup, seluruh badan ditutup dengan kain dengan rapi dan diselimutkan dengan kain batik lepas (batik panjang). Manakala muka pula ditutup dengan tudung/selendang nipis.
6. Bila Aida sampai, dia minta Ummi letakkan kain dibahagian belakang (bawah dubur) kerana dikhuatiri jenazah mengeluarkan sebarang cecair/najis dan menimbulkan masalah (kebocoran najis dsbnya) ketika jenazah diusung ke keranda nanti. Ada yang memakaikan jenazah dengan lampin pakai buang atau mengalas jenazah dengan plastik. Alhamdulillah semuanya elok bagi jenazah Tok.
7. Kemudian Aida minta Ummi letakkan benda berat seperti gunting/kacip di atas perut arwah. Tujuannya untuk mengelakkan jenazah kembung. Dari pembacaan Ummi, boleh juga diletakkan buku atau bantal kecil yang tidak terlalu berat atau terlalu ringan.
8. Sapu/titiskan minyak attar/wangi disekeliling jenazah untuk mengelakkan serangga seperti semut, lalat dll.
9. Disamping membaca Yasin dan Al Quran, Ummi juga buka bacaan Al Quran di telefon. Jadi, sepanjang malam jenazah ditemani alunan bacaan Al Quran.
10. Untuk laporan polis, bawa surat pengesahan kematian dan kad pengenalan arwah. Tugas ini kami serahkan kepada Abg Aqim. Manakala Walid pula berurusan dengan pihak masjid untuk pengurusan jenazah Tok. Terus kami dimaklumkan bahawa van jenazah akan tiba sekitar jam 8.30 pagi besok. Maklumat ini kami sampaikan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran pula. Jadi, semua orang maklum dan bersedia untuk memudahkan urusan akhir Tok.
Satu pengalaman yang sangat berharga bagi Ummi. Walaupun sedih tapi rasa syukur kerana dapat melakukan yang terbaik dan terhormat untuk Tok.
Terima kasih kongsi pengalaman.
ReplyDeleteSama-sama NA.
DeleteMoga jadi ilmu utk orang lain, dapat juga pahala :)
Allahu Akbar.. semakin dekat dengan hari kematian dan harapannya ada yg dapat menguruskan jenazah kita sebaiknya, begitu juga jika ditakdirkan sy perlu menguruskan jenazah orang yang disayangi.. tiada siapa yg dapat mengelaknya, kan
ReplyDeleteWe will never ready for that but when the times come, seize the opportunity. Bakti terakhir dari kita utk org yg kita sayang
Deletesayu..teringat arwah atok saya.. rindu sangat2
ReplyDeleteAl Fatihah utk ahli keluarga kita yg telah pergi
Deletesalam takziah PH , nak tak nak kita perlu juga ambil tahu serba sedikit bab-bab kematian ni, apatah bila yang meninggal itu adalah insan yang rapat dengan kita
ReplyDeleteBetul kak ana.
DeleteSentiasa ada 'pertama kali' dlm setiap perkara.
Teringat di saat menguruskan jenazah arwah mak akk, kematian mak yg tak dijangka buat akk hilang arah tak tau nak buat yg terbaik utk diaðŸ˜
ReplyDeleteYe lah kak... Kdg tu kita hanya tahu teori tapi praktikalnya lain pula. Ditambah dgn sedih, kalut boleh lupa semuanya.
DeleteTeringat kenangan menguruskan arwah nenek saya dahulu. Takziah atas kehilangan ahli keluarga, Puan Hazel.
ReplyDeleteTerima kasih Farrah.
DeleteSalam Takziah.
ReplyDeleteTerima kasih Kongsi pengalaman.
Terima kasih TK.
Delete