Saturday 28 March 2020

PKP Day 12 ~ Al Fatihah - Abang Eil


Perintah Kawalan Pergerakan
Day 12 (29/3/2020)

Semalam Ummi berdepan dengan satu lagi ujian kematian :( Abang sepupu Ummi, Abg Eil (Ismail @ Shaari b Husin) telah dijemput kembali kepada Pencipta-Nya petang tadi kerana jangkitan kuman di paru-paru. Meninggal di Hospital Langkawi.

Ummi dengan Abg Eil taklah rapat sebab jarak usia kami sangat jauh, lebih 20 tahun. Dulu-dulu kalau Ummi ke rumah arwah Paklong Husin (ayah arwah Abg Eil), Ummi hanya bermain dengan anak-anak arwah. Ada seorang yang sebaya Ummi, Syukri namanya. Isteri arwah, Kak Mah pula anak Makngah Pah (adik arwah Paklong Husin dan kakak kepada arwah Pak) Depa kahwin sesama sepupu. Arwah Paklong Husin dan Maklong Selamah (ibu arwah) pun kahwin sesama sepupu juga.

Arwah Paklong, arwah Abg Eil sekeluarga dan keluarga Makngah Pah berjiran. Seronok Ummi jika dapat berkunjung ke rumah mereka suatu ketika dulu. Kiri kanan semua rumah saudara kita. Ada pokok limau bali yang banyak, ada kebun sayur milik arwah Pakngah Leh (suami Makngah) yang luas serta halaman luas dihiasi pasir putih bersih tempat kami bermain. Selain tu, layanan ibu ayah saudara terhadap kami adik beradik yang sangat mesra sebenarnya menjadi pengikat kasih. Di rumah Paklong juga ada pam telaga, satu-satunya yang Ummi pernah lihat sepanjang hayat. Pam ini juga jadi tumpuan kami bermain jika ke sini. Puaslah Paklong dan Maklong memantau kami. Kesian Paklong, sudahlah ada penyakit lelah, termengah-mengah menjerit dari pelantar rumah. Arwah Pak pula 'steady' minum kopi air tangan Maklong yang sentiasa jadi kegemarannya.

Setelah berpuluh tahun tak berjumpa, ditakdirkan tahun lepas kami bertemu semula dengan Abg Eil dan Kak Mah. Sewaktu ziarah raya kami ke rumah Makngah, arwah juga ada. Itulah pertemuan terakhir kami bersama arwah. Susuk tubuhnya kini kurus, semakin dimakan usia tapi keramahan dan kemesraannya tak pernah surut. Rancak arwah berborak terutamanya dengan arwah Pakcik. Pakcik sempat berseloroh, nak menumpang tidur di rumah arwah sekiranya ke Langkawi.

Kini, kedua-duanya telah dijemput pulang. Al fatihah. Semoga roh mereka semuanya ditempatkan di kalangan para solehin aamiin. 
.

4 comments:

  1. Innalillahi wa inna ilaihi roojiuun. Semoga Allah rahmati dan ampunkan dosa beliau. Salam takziah ya.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah Dari mmaa.semoga rohnya diklangan org beriman

    ReplyDelete
  3. Aamiin terima kasih mamapp.

    ReplyDelete