Sunday 4 August 2019

Sibuk!


Hujung minggu ni sibuk betul. Sibuk dengan aktiviti anak-anak. Ini baru anak-anak sekolah rendah & tadika. Yang mana ada anak di asrama pun khabarnya saban minggu menjenguk anak. Besar pengorbanan ibu ayah ni; masa, tenaga, wang ringgit semuanya dicurahkan untuk anak-anak. Moga pengorbanan ibu ayah sentiasa dikenang oleh anak-anak aamiin. 

Ibu ayah zaman sekarang pula, bukan sekadar menghantar. Nak juga sekurang-kurangnya ambik gambar anak waima sekeping je pun. Kalau rajin, nak juga ambil video kan? Haha... Ummi la tu 😆

Sabtu pagi, Abang ada Bengkel UPKK di Akademi Fateh Hakim bersama Ustazah Noor Azizah bt Sera Judin. Ustazah ni penanda/pemeriksa kertas UPKK. Alhamdulillah berjaya dapatkan beliau untuk bantu anak-anak tuition AFH ni. Thanks Mama Aqil yang bertungkus lumus untuk bengkel ni. Dari pagi hingga tengahari. Kebetulan hujan lebat, Zohor jugalah baru sampai di rumah. 


Terima kasih Mama Faqri sponsor lunch 💐


Abang dapat token RM10 dari Ustazah sebab aktif jawab soalan. Well done Abang 😘

Ustazah ni best sangat. Abang dengan kawan-kawannya nampak bersemangat dan seronok belajar dengan Ustazah. Cikgu berpengalaman kan, pandai tackle murid-murid. 


Makan, solat keluar lagi menghantar Angah pula ke Bengkel Seronoknya Membina Ayat di tempat sama. Kali ni bersama Cg Zuraida, guru pakar Bahasa Melayu. Ikut jadual habis pukul 5, meleret pula sampai 5.30. Ada minum petang untuk para peserta. Nak tunggu dia habiskan roti canai tu boleh tahan juga. Jam 6 lebih baru sampai ke rumah semula. Habis dah satu hari. Ummi bukan mengungkit, saja nak share cerita semalam je 😊 Biarlah kita bersusah payah, ada ganjarannya insha Allah. Tidak di dunia, di akhirat nanti. 



Sepanjang menunggu Angah tu, tidaklah kami membuang masa begitu sahaja. Kami pergi terapi;  terapi minda sambil cuci poket. Shopping la apa lagi hihi... Adalah hasilnya, beli baju untuk wedding Uda nanti. Bila share dengan geng Beloved Biras, depa pun nak juga untuk anak-anak masing-masing. Terpaksalah Makngah ni ke Aeon lagi hari ni. Kalau ada yang nak cari baju murah-murah, silalah ke sana. Ada "Mark Down" offer untuk stok baju raya lepas. Harga asal baju ni, RM49 sekarang tinggal RM19 je. While stock last. 


Hari ni (Ahad), pun sibuk di luar juga. Abang ada Bengkel Gerak Gempur UPKK di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Nampak macam pulun sungguh kami untuk pastikan Abang berjaya dengan cemerlang UPKK kan? 

Sebenarnya... Ikut jadual yang kami dapat awal tahun dulu, trial UPKK ni dijadualkan pada 19-22 Ogos ni. Memang Ummi dah kosongkan jadual Abang untuk tak ada sebarang aktiviti sepanjang menjelang trial UPKK. Cuti sekolah minggu depan ni  pun Ummi plan nak buat personal coaching dan review dengan dia sahaja. Tup-tup dapat makluman, trial akan diadakan esok! 5-8 Ogos. Seminggu sebelum tu pula PBS 2. Memang semput anak-anak nak kena study subjek akademik & UPKK. 


Apa daya, terpaksa teruskan komitmen bengkel yang dah dibayar. Boleh je nak batalkan tapi sayang juga sebab banyak perkongsian tips dan teknik menjawab soalan. Lepas ni memang Ummi rasa cukuplah dengan bengkel/seminar luar ni. Lepas trial ni fokus pada mana yang subjek/topik yang lemah, buat revision dgn set soalan-soalan tahun sebelum selain commit dengan tuition di sekolah dan AFH. Doakan urusan abang untuk UPKK ni dipermudahkan. 




Barisan tenaga pengajar. 

Ini baru kisah Abang, Kakak pun ada aktivitinya juga hari ni. Ini sebenarnya yang membuatkan kami hampir seharian di luar. Nanti Ummi share ye...

8 comments:

  1. dah jadi mak2 ni mesti sibuk bila ada anak 2-3 org yg dh bersekolah..aktiviti diaorg pun kita kena turut serta sbg sokongan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah puan. Memang penuh jadual dgn aktiviti anak-anak je :)

      Delete
  2. Wah sibuk sungguh ummi dgn anak2 ye, yelah kalau tak ibu yg bagi semangat sape lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak tengah membesar kak hihi... Maknya pun masih bersemangat & bertenaga lagi haha

      Delete
  3. Semoga Abang berjaya dengan cemerlang!
    Aamiinn......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin aamiin
      Terima kasih kak 💐💐💐

      Delete
  4. Terima kasih sudi tinggalkan jejak.

    Salam ukhuwah :)

    ReplyDelete
  5. anak sulung saya pun UPKK tahun ni. Harini last trial syafawinya. Semoga anak-anak kita dapat jawab soalan dengan tenang nanti ye.

    ReplyDelete