Jumaat lepas Abang bagi tahu Isnin ada jamuan raya Tahun 5. Ingatkan dah habis lepas buat jamuan raya sekolah (Jumaat, 21 Jun). Rupanya ada lagi hihi... Tapi kali ni simple, untuk murid tahun 5 je. Cikgu suruh bawa makanan sorang sikit (potluck). Ummi masak Spaghetti Olio Aglio. Dah lama nak buat, baru hari ni berkesempatan. Asalnya nak buat untuk jamuan raya Kakak minggu lepas (28/6) tapi Ummi buat Creamy Pasta Carbonara sebab tak sabar nak try resepi Cik Ani yang kami makan masa gathering EMS tempohari. Jadi rezeki kawan-kawan Abanglah Spaghetti Olio Aglio ni.
Masa jamuan sekolah hari tu, setiap darjah dah diberi menu masing-masing. Abang kena bawa kek manakala Angah kena bawa nasi impit yang siap direbus 5 ketul setiap seorang. Ummi buat Kek Coklat Kukus untuk Abang. Kukus guna Noxxa, 25 minit je. Senang dan cepat kerja Ummi. Buat 2 adunan siap dalam masa +- sejam.
Sabtu kelmarin Abang ada 1 lagi jamuan raya, di akademi tempat tuition dia. Ummi cuma bagi buah je sebab tak sempat nak masak. It was on the same day Kakak sat for her UKS SRAI. Pukul 7 dah keluar rumah jadi taknak kelam kabut, Ummi potong tembikai dengan honey dew je.
Kat sekolah Kakak ada sambutan bday sekali |
Last day Syawal Rabu ni ofis Walid ada jamuan raya tapi takdelah kena bawa food. Lega Ummi haha... Ini company yang buat untuk staff, bukan department level.
Rasanya itulah yang jamuan raya terakhir untuk Syawal kali ni. Surau kami pun dah buat malam jumaat lepas, sekali dengan majlis kesyukuran untuk jemaah haji. Budak-budak ni bawa balik sate 3 cucuk dengan bihun goreng sepiring untuk Ummi depa 😄 Dapatlah juga Ummi merasa :)
Lega juga bila dah habis Syawal ni. Dah tak pening nak fikir menu jamuan raya 😆😆😆
meriah juga tu menu yang disediakan ha, saya pun sempatlah buat kek batik dan nasi goreng untuk jamuan sekolah anak2.
ReplyDeletedekat ofis ni ada lagi acara makan2 minggu ni, rezeki kan kita makan je la hehehe
meriahnya jamuan raya tu.. kek tu nampak sedap ye lahai.. coklat banyak
ReplyDelete