Thursday, 3 January 2019

Persiapan dan Perbelanjaan Sekolah 2019


Sekejap je kan... Tup-tup dah 3 hari kita di tahun baru. Bila tahun baru maknanya sesi persekolahan pun bermula semula. Jalan pun jem semula haha...

Seronok Kakak jumpa dengan kawan-kawan. 

Tahun ni anak2 Ummi sekadar 'naik darjah'. Jadi persiapan dan perbelanjaan tu tidaklah meriah. Tapi kosnya tetap juga tinggi w/pun tak semua kelengkapan baru. Contohnya abang; since dia semakin sado (baca: montel) beli singlet pun size dewasa. Dah size dewasa tu harganya pun harga 'orang dewasa'. Umi beli 3 helai pun dah 30 ringgit lebih huhu... Angah pulak size kecik je seluarnya tapi harga pulak mahal! Pendek kata semua barang mahallah. Anggap je lah ini pelaburan untuk anak-anak. Adalah ganjarannya nanti insha Allah.


Selain kelengkapan sekolah, satu lagi hal penting yang mak ayah harus utamakan ialah yuran sekolah. Bab ni pun Ummi dah setelkan. Cuma yuran Kakak ada lagi separuh belum bayar. Nak bayar full bulan 12 hari tu tapi yuran sekolah abang angah belum tahu jumlahnya. Takut nanti tak cukup duit pula. Last week baru tahu jumlah. Style sekolah abang angah selagi tak bermula sesi baru, tak boleh bayar yuran sebab depa taknak clash resit. Tahun 2018 untuk bayaran 2018 je camtulah... 

Yuran tahunan Ummi dah jelaskan. Lepas ni bayar yang monthly pula; yuran makan, PIBG bulanan dan Pasti. Yuran bulanan Pasti masih kekal rm140. W/pun ada yang minta suarakan pada pihak pengurusan agar dikurangkan tapi bagi Ummi kekal macam sekarang ni pun dah syukur sangat.  Bukan apa, kalau naik 10 ringgit pun terasa impaknya. Lagi pula nak harapkan yuran diturunkan Ummi rasa agak mustahil di kala semua harga barang/perkhidmatan naik sekarang ni. 

Angah 

Kakak 
 
Abang 
Ada setengah tong lagi balance alat tulis tu. Harapnya cukuplah sepanjang tahun. 


Bab buku pun dah setel alhamdulillah. A week before January kedai buku sekolah dah buka. And tahun ni dah improved sistem pembelian buku. Tahun sebelum2 ni lebih sejam rasanya kami que nak beli buku. Sorang je staff yang bertugas :( tahun ni ada 2-3 kaunter yang dibuka alhamdulillah.

Peneman Ummi bila semua dah ke sekolah.
Eh, lapik meja barulah di kantin 😍

Jadinya anak-anak, Ummi Walid dah tunaikan tangggungjawab kami. Now its your turn to fulfil your duties. Belajar rajin-rajin tau.

All the best for 2019 💝💝💝

4 comments:

  1. kalo anak2 yang baru nak sekolah tu memang besar belanja kan.. cabaran untuk parents..

    ReplyDelete
  2. Ye lah siti. Mana ada yg murah sekarang ni huhu

    ReplyDelete
  3. cantik beg pasti purple.
    ijat 2 thn dpt kaler hijau & oren.

    ReplyDelete
  4. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^


    ReplyDelete