Pagi raya ketiga tu ada family photoshoot. Awal-awal lagi Tok Umi dah pesan, pakai baju melayu siap bersampin songkok semua. Sampai rumah petang raya pertama tu Umi terus basuh baju raya. Takut tak sempat kering hehe...
Alhamdulillah semua bagi kerjasama yang padu 😜 photoshoot pukul 9, belum breakfast lagi ni. Nak makan cepat kenalah setel ambik gambaq cepat-cepat 😉 everything went well except for our family photos. Kakak yang selalu ready smile bila ambik gambaq this time menangis teresak-esak. Makin Umi tanya makin kuat dia menangis huhu... Rupanya Adik ambik gelang tangan dia 😅 bila tunjuk gambar yang dah siap, dia malu sendiri :) next time jangan buat lagi ye kakak. Nanti tak cantik 😉
Dah siap photoshoot terus serbu rumah maksu. Dah pukul 10 time ni. Maksu jamu nasi beriani dengan rendang itik dll. Alhamdulillah sedap belaka.
Sayang maksu ketat-ketat 😘😘😘
Around 11 baru bertolak balik ke Berlin aka Baling kihkih... Rumah first of course lah rumah makngah, kakak Umi. Seronok dapat jumpa semua anak2 & cucu2 saudara except family Ti. Depa baru bertolak dari kl.
Buah tangan dari makngah selain tempoyak dan ikan pekasam :)
Jeles Umi tengok cili makngah ni. Tak payah beli kat kedai dah kata makngah. Umi tanam setakat ni belum berhasil lagi. Asyik kena serang dengan bena putih 😢 |
Kemudian ke rumah Tok Ngah, satu-satunya mak saudara Umi yang masih ada. Tok Ngah ni kakak Tok Wan (arwah Pak). Umur dah 93, sebaya Tun M. Rasa nak menitik air mata bila Tok Ngah masih ingat Umi. Penglihatan, pendengaran dan pergerakan makin slow tapi mulut masih ramah macam dulu2 juga. Umi peluk Tok Ngah kuat2 before berpisah. Ada umur panjang dapat jumpa lagi insha Allah.
Then singgah rumah Pak Long Li. Pak Long meninggal hujung tahun lepas kalau tak silap Umi. Kami tak balik time tu. Datang berziarah tengok Mak Long Dah. Alhamdulillah sihat dia. Kali pertama kami datang time baru lepas kahwin. Kena halau dengan pak long sebab dia kata dia tak kenal kami! Mujurlah Mak long cam Tok. Kami pun tak kenal pak long ni tapi sebab Tok Ayah suruh jejak kasih kami ikut je. Ada bau bau bacang dengan keluarga Tok Ayah. Bila dah tahu perkara sebenar memang ramahlah pak long melayan kami. Habis satu kampung dia bawak kami pusing ke rumah saudara mara yang ada kaitan dengan Tok Ayah. Al fatihah untuk pak long.
Kemudian baru balik ke kampung Umi. Singgah rumah arwah Tok Lang, jumpa Maklang Di. Dijamu rambutan dan durian. Memang rezeki anak2...
Sebelum ke SP, singgah di kubur Tok Wan sekejap. Dari jauh Umi kirimkan DOA untuk Tok Wan. Huwaaa rindu ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
tahun ni tak sempat photoshoot raya gmbar family.. ada pun yg laki2 dah tukar uniform paki t-shit hahaa.. jadi la kan..
ReplyDeleteOklah tu dari takde langsung hikhik...
ReplyDeletemeriah cili nyer !
ReplyDeleteKan? Sedap buat sambal belacan :)
ReplyDeleteBeraya sakan nampaknya tu. Habis satu kg dia pusing hihi.... Tp itulah sebenarnya kan PH. Time nilah kita kena saling ziarah menziarahi...
ReplyDeleteKalau bukan hari raya bila lagi?
Hehe... Setahun sekali
ReplyDeleteTapi niat sebenarnya selain berziarah & menyambung/mengerat silaturrahim nak kenalkan anak2 dgn saudara mara juga asal usul depa :)