Bila Umi up status ni di FB semalam, ramai betul yang 'like'. Siapa yang tak suka dapat pergi haji kan? Terpilih mengerjakan haji tu satu nikmat. Apatah lagi dapat menunaikan haji di usia yang relatively muda (bawah 40). Itu dikira bonus alhamdulillah. Sebab ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi selain kesihatan yang baik serta mental yang kuat.
Bersama Umi dalam kumpulan yang sama, KT07 rupanya ibu kepada kawan2 Umi; ibu husna kawan sekolah rendah, ibu nisha kawan sekolah menengah dan ibu Anis kawan se-uni. Bayangkan 'mudanya' Umi 😊. Tapi ada yang lagi muda; Siti dan Adik yang baru berusia awal 20-an, menemani ibu ayah masing2.
Melalui post tu juga Umi dapat tahu ada segelintir rakan2 Umi yang terpilih mengerjakan haji tahun ni. Ada yang dah berangkat, ada yang masih menunggu hari berangkat. Alhamdulillah. I'm so happy for them. Doakan Umi & Walid dapat peluang ke sana lagi.
Credit : Hjh Mirza ☺ |
Ini gambar kenangan sewaktu Umi, Walid dan beberapa rakan semaktab yang terpilih menjadi 'Sahabat Tabung Haji' atau sukarelawan yang membantu pihak TH melancarkan operasi haji terutamanya semasa operasi masya'ir (Arafah ~Muzdalifah~Mina). Antara tugasan kami membantu/memimpin jemaah uzur/warga emas menaiki bas, mengangkat/menyusun beg, mengagihkan makanan dsbnya. Tiada upah yang diberi kan. Hanya kerja sukarela yang kami niat sebagai sedekah. Moga Allah terima amal kami. Aamiin.
Waktu ni kami dibawa melawat Arafah. Hanya kawasan kosong dan sunyi. Khemah2 belum didirikan, hanya melawat tapak untuk penempatan jemaah maktab kami. Waktu ni Umi masih tak dapat bayangkan suasana wukuf tapi sekarang kurang nya adalah juga gambarannya.
Kepada rakan2 yang terpilih ke tanah suci, moga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yg baik dan beroleh haji mabrur. Aamiin. Kenang daku dalam DOA kalian 😆
Umi pernah coretkan dulu tentang keperluan sampingan dan keperluan harian untuk dibawa ke tanah suci. Moga bermanfaat.
seronok andai dijemput jadi tetamu Allah, moga ada rezeki juga untuk saya sekeluarga ke sana nanti
ReplyDeleteInsha Allah sis. Kita DOA sama2 :)
DeleteRezeki awak dapat pergi dlm usia muda PH. Insyaallah kalau ada rezeki dapat pergi lagi.
ReplyDeleteHakak kalau ikut tahun 2019, moga Allah panjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya.
Ha a mmg seronok tengok bakal duyufurrahman ni. Moga satu hari nanti Allah panggil menjadi tetamunya jugak
Memang berhajat nak ke sana lagi. Kalau dapat buat haji lagi sekali alhamdulillah syukur sangat.
DeleteInsha Allah Kak, ada rezeki akak akan ke sana. Kita DOA banyak2...
seronoknya dapat kerjakan haji. semoga ada rezeki kami sekeluarga ke sana sebelum dijemput Illahi. teringin sangat nak mengabdikan diri kat sana.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki akak & suami. Insha Allah ada rezeki ain ke sana nanti. Aamiin.
DeleteInshaAllah one day =)
ReplyDeleteInsha Allah nini. Banyakkan berdoa.
DeleteYa Allah, kenapa akk rasa sayu sangat dgn status fb PH kt atas tu, rasa kalaulah aku yg dijemput ke sana aku akan pegang nasihat ni. Beruntungnya dpt tunaikan ibadah yg satu ni dlm usia muda, badan Dan fizikal mental masih kuat, ya Allah...
ReplyDeleteRezeki masing2 Kak.insha Allah sy doakan akak sampai juga ke sana satu hari nanti. Kita DOA sama2.
Deleteya Allah.. kak seronok dgr di jemput untk jadi tetamu Allah.. rasa sesuatu yg sgt sayu bila baca entry akak ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga zie pun dapat ke sana juga nanti. Aamiin.
DeleteinshaAllah..amin
Delete