Monday, 31 July 2017

Melawati Mall...jom!



Sabtu lepas Walid hantar kereta dia service. Appointment pukul 9, tapi pukul 10 kereta masih belum 'diusik'. Daripada melangut je kat Weststar tu baik kita jalan2 cuci mata dulu dekat Melawati Mall (MM) yang baru je bukak 26/7 hari tu. 


Besar betul mall ni, ada dalam 8 tingkat kalau tak salah Umi. Tingkat 1-6 premis perniagaan, 7th & 8th floor utk parking. Itu belum masuk LG & G floor. Dua wings, north & south. Banyak lagi kedai belum dibuka pun. Mall tu sendiri pun nampak ada certain area masih in progress. 


Sepanjang Umi kerja di melawati lebih sedekad memang tanah tempat mall ni didirikan kosong. Tempat kami crossed (short cut) utk ke food court or pasar malam. Weekend pula jadi tempat parking untuk ke pasar tani. Lepas Umi berenti keja hampir 4 tahun baru dibangunkan. Sekarang ni kalau dari arah bank muamalat tu nak masuk main road (MRR 2) kena pusing satu mall baru jumpa jalan keluar 😇 




Mula2 kami masuk Village Grocer. Harga barang slightly higher la if compared with hypermarket yg selalu Umi shopping groceries. But it  matches with the quality & freshness of the items. Umi beli a packet of blueberry and body sponge je. Nampak ada fresh imported cherries tapi Umi tak beli pun w/pun teringin juga nak rasa. RM40+ per packet of 1kg. Kalau ada smaller packet teringin juga nak try. Takut beli mahal2 tapi tak makan hehe... Umi ni kalau ceri letak atas kek/biskut Umi tak makan :) blueberry tu pun Umi sorang je makan sebab masing2 cakap masam! 

Then we proceeded to level 1. Takde yang menarik perhatian pun. We were looking for the likes of Parkson ke, Aeon ke tapi takde. Semua individual kedai. Malas nak keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. Finally stopped at SportsDirect. Best kat sini sebab kedai besar and banyak options. 


Walid forced me to buy a pair of canvas shoes. He was berkenan dekat satu shoes ni. Buy 2 pairs@RM60. Sepasang RM49. Dalam kata kena paksa tu, petang tu jugak Umi melaram kasut baru pi beli groceries pakai kasut baru you 😆 


Sejam je kot kami kat dalam mall tu. Then we had lunch dekat port makan Umi & geng ofis dulu. Gerai "Ikan Bakar Arang". Selalu Umi makan sini especially hari jumaat. Keli bakaq dia the best 😀 bila mall ni dibuka dapatlah juga depa merasa limpahan rezeki tu. Dulu weekend area food court ni sunyi sebab ofis tutup but now orang makin ramai because of the mall. Adalah yang akan singgah makan/minum di food court ni. 


Banyak perubahan dah melawati ni. Tak tahulah happy or not but one thing for sure makin sesak area ni. 

10 comments:

  1. Forced to buy shoes? I like that! hah..hah.. Both pairs are pretty especially the one with flowers. Ohh...ikan keli bakar! I would love that very much :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ayat cover je PH 😁

      Siapalah yang tak suka orang belikan kasut kan? Hahaha...

      Delete
  2. mall besar2 macam ni, kalau dekat dengan rumah, best senang nak cari barang dekat. yg contra nya macam puan hazel cakap, sesak tu memang menyesakkan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak berapa suka mall besar2 ain. Akak suka supermarket/hypermarket yg kecik2 je hehe...

      Sesak sangat Melawati sekarang ni esp hari sabtu :(

      Delete
  3. wah banyak tingkat tu, macam menarik je melawati mall tu tapi nak pergi tu entahkan bilalah saya ni, lama dah tak jejak area sana kalau lalu pun nak balik kampung je la.

    kasut tu cantiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut citarasa masing2 kot sis... Kita lagi suka Aeon kot. Senang nak cari barang :)

      Delete
  4. Saya suka pergi mall...tapi kalau dengan yaya ni saya elak sebab malas saya dia bising nak main escalator...haha

    ReplyDelete
  5. Cantik kasut tu bunga2, kalo akk kena paksa, wah nangis2 suka ni.

    ReplyDelete
  6. Jarang sangat pergi belah belah Melawati ni. Seronoklah orang Melawati sekarang ni kan. Senang nak lepak hihi....

    ReplyDelete
  7. betul... semakin sesak..harga rumah pun melambong2..naik mall terus up berjuta2..

    ReplyDelete