Tuesday, 4 July 2017

Eid 2017 ~ raya keenam liat nak balik KL


OOTD T-shirt Australia Walid beli di Perth hari tu.
Dah macam kembar Angah & Kakak :) 

Bila dah seminggu di kampung, jomlah kita pakat balik ke pangkal jalan hehe... Pukul 9 bertolak dari Jitra, pukul 10.30 sampai baling. Ikutkan taknak singgah rumah Kak tapi Kak ajak makan laksa dulu, kita layankan je. Rezeki jangan ditolak ye dak? 

Aktiviti wajib dalam kereta, makan kuih raya le.
Habis sebalang popia nestum Horlicks Umi. 

Since kami ikut jalan dalam, baling-pengkalan hulu-gerik-lenggong-k.kangsar jalan memang clear. Banyak kenderaan tapi lancar. Singgah solat jumaat di masjid tepi jalan di gerik. Ikutkan Umi nak bentang tikar makan nasi bekal bawah pokok depan masjid tu je, tapi Walid taknak. Nak singgah di tol k.kangsar. 60 kilo lagi tu. Umi dah lapaq nasi :( 

Mujur Walid akhirnya berhenti di Dataran Lenggong. Ada karnival raya di situ tapi Umi dah tak selera nak shopping walaupun murah2 juga harga barangannya. Lepas raya kan, asal balik modal pun OK kot. 


Nasi jagung Tok Umi bekal kan. Tomyam baki BBQ rumah maksu pun ada. Alhamdulillah rezeki, kita makan je. 


Bila masuk je highway dah jammed. Merangkak-rangkak kenderaan nak melepasi terowong menora. Umi perasan ada 5-6 buah kereta terpaksa berhenti di bahu jalan, overheating. Ada Umi nampak family dengan anak2 kecik macam kami. Umi hanya mampu doakan agar Allah mudahkan urusan mereka. Nak tolong tak mampu. Lagi satu, bila kita nampak orang lain ditimpa musibah, kita kena DOA untuk mereka dan untuk kita juga agar terhindar dari musibah yang sama serta bersyukur kerana kita selamat. 

Akhirnya Umi roger makcik, inform nak tumpang bermalam. Tak larat dah. 9 jam dalam kereta baru sampai Ipoh! Esok je la kita balik KL. Isnin baru sekolah :p

Kenangan di rumah sewa makcik. Lepas ni depa nak pindah masuk rumah sendiri. Alhamdulillah. 

Next morning tu terus pecut balik rumah. Mendobilah kerja Umi sehari dua ni. Lepas tu nak kemas rumah. Cari cadar nak tukar, terjumpa pula curtain. Umi pun tak ingat dah curtain ni. Boleh lah kita gantung sebagai curtain raya :D 

Time tempah curtain ni glemer manik jurai2 tu. Inspirasi dari Eric Leong :)

3 comments:

  1. Hihi dah Raya sakankan...... Nasib ada tempat nak disinggah bermalam. Tak pulak lepak hotel kali ni PH?

    Hakak tahun ni tak tukaq langsir pun PH, basuh pun tidak haha....Shhh jangan bagi tau orang noh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bawa Mak sekali,kita singgah rumah abg je la... Lagi selesa sebenaunya pun. Jimat pun jimat hehe

      Hahaha... Takpe kak, orang tak perasan :p

      Delete
  2. lama duk kmpong, nak blik KL rasa malas je hahaa
    klu dulu ms sy kecik2, arwah mak mesti bawak bekal lps tu bentang tikar makan kat bawah pokok..klu org lalu hon hahaa..

    ReplyDelete