Thursday, 8 December 2016

Selamat Pengantin Baru ~ Along & Nieda



Usai majlis akad nikah & resepsi sebelah pengantin perempuan sabtu hari tu di Tg Pari, tiba giliran pihak lelaki pulak menyambut menantu. Majlis diadakan pada hari isnin. Bukan sesuatu yang pelik pun bagi orang kedah, kenduri kendara pada hari bekerja. Asalkan cuti sekolah. Hari jumaat pun boleh! 

Pagi ahad tu sempat jugaklah kami ke rumah kenduri. Hajat dihati nak merewang tapi since depa dah ada group rewang atau disebut 'pakatan', orang luar macam saya ni tak digalakkan join. Tugas kami (sedara mara tuan rumah) lebih kpd membantu 'kerja2 dalam rumah' spt membancuh air, isi goodie bags, hias pelamin etc. Tak susah pun, dok menyembang je lebih. Hehe... 

Malam kenduri juga ada jamuan makan. Nasi lemak dan pulut. Tapi kami tak join sbb siangnya dah pergi. Ini yang bestnya kenduri orang kampung. Makan makan makan...

Paling best of course lah hari kenduri kan... Dapat berkumpul dgn sedara mara. Kebetulan rumah abg ee & adiknya sebelah menyebelah senang dan selesa bagi kaum keluarga berkumpul. Dah jadi macam Klinik ibu & anak pun ye jugak. Ramai pulak yang ada baby & b/f. Ada 5 orang kot cicit & piut arwah wan tahun ni saja. 

Selamat pengantin baru sekali lagi buat along & nieda. Moga beroleh rahmat, mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga. 

No comments:

Post a Comment