Ahad lepas kami ke UTC KL, di Puduraya. Tujuannya nak renew passport. UTC menempatkan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu bumbung. Dibuka dari jam 8.00 pg hingga 10 mlm setiap hari kecuali cuti umum. Tutup jam 1-2 for lunch. Mudah bagi mereka yang bekerja. Tidak perlu ambil cuti untuk buat/renew passport jug a urusan berkaitan agensi kerajaan yang lain.
Sampai saja di pintu masuk tingkat 2 yang menempatkan pejabat Imigresen, orang ramai sudah berbaris panjang untuk mendapatkan nombor giliran. Ada sebuah kedai gambar di dalam premises tersebut. Jadi saya dan suami bergilir mengambil gambar. Pukul 8.50 baru dapat nombor giliran. Menurut guard, giliran kami akan sampai selepas pukul 2. Malas untuk kemana-mana, kami hanya merayau di sini.
Memandangkan terlalu ramai orang di tingkat 2, keadaan kurang selesa bagi kami yang mempunyai anak2 kecil. Bagi sesiapa yang pernah ke pejabat imigresen pasti tahu bagaimana keadaannya. Kami ke tingkat 3, terjumpa pejabat Kementerian Wanita. Jengok2 dalam premises mereka nampak ada kids room. Saya tanya gadis kaunter, boleh masuk ke? Boleh tapi puan kena jaga sendiri anak-anak. Terus saya ajak suami dan anak2 ke dalam. Ada lounge, sesuai untuk kaum bapa berehat sambil membaca paper dsbnya. Untuk anak remaja, disediakan internet cafe. Di kids room, terdapat buku, komputer dan kerusi meja untuk anak2. Balqis sempat lena seround. Maklumlah bilik aircond. Juga ada spa untuk wanita. Sangat menarik! If you need a comfortable place while waiting for your turn, find this kementerian which I guess is placed in every UTC. You can kill time here.
Kids in the kids room. Dah buat macam rumah sendiri dah. |
Menjelang t/ hari kami ke tingkat 4 yg menempatkan kedai-kedai makan. Tempatnya selesa dan bersih. Sangat berbeza dgn Pudu yang saya kenal 10 tahun dulu..:) this place has really transformed. Kemudian kami ke surau. Juga sudah berubah wajah. Lebih selesa, besar dan bersih. Surau ini juga dijadikan surau untuk solat Jumaat.
Sekitar 4.30 petang barulah urusan kami selesai. Boleh dikatakan seharian juga kami di sini. Bagi yg ada bayi dan anak2 kecil jgn lupa bawak carrier dan stroller utk mereka. Alatan ini sangat berguna terutamanya waktu mereka tidur. Bagi yang menyusu, ada nursing room di dalam pejabat imigresen, no worries. Gunalah segala kemudahan yang disediakan.
Till then.
No comments:
Post a Comment