Sunday 6 May 2012

KL Book Fair 2012 2.0





Pertemuan antara dua sahabat yang terpisah dek masa dan suasana...
Macam sensasi je kan tajuk tu kan? saja suka suki menunjukkan kali ke 2 saya ke PBKL 2012 untuk tahun ini. 

Selepas balik hari tu, hati dok meronta-ronta nak pergi lagi sekali ke sana sebab  tak sempat melawat-lawat ke semua booth. Jadi, kesempatan menggantikan seorang staff untuk menjaga booth Jumaat lepas saya manfaatkan sebaik mungkin. Nampak pengurangan yang ketara jumlah pengunjung terutamanya para pelajar sekolah. Banyak ruang dan peluang terbuka untuk orang-orang dewasa menilik buku dengan jayanya...:) Bayangkan, hari Isnin lepas saya asyik berlanggar dengan kanak-kanak sekolah, sementelah saiz badan mereka amat kecil berbanding zaman sekolah saya dulu. Atau mungkin juga saya terlalu besar bagi mereka! hahaha.. 

Untuk versi 1.0 saya hanya sempat membeli buku dari 'jiran sebelah' sahaja. Kali ini langkah semakin panjang dan selesa. Boleh dikatakan semua booth saya jenguk dan sungguh berbaloi. Pelbagai buku dari pelbagai genre yang saya beli, dari buku masakan sehinggalah ke buku bergenre politik, autobiografi dan biografi. Kalau ikut hati banyak lagi yang hendak di beli.

Hanya RM2 untuk buku begini - hadiah untuk Abang dan Opal. Opal sungguh teruja dengan buku barunya. I like!
Namun terasa amat puas kerana berjaya memiliki buku idaman seperti Bukan Sekadar Resepi, yang amat-amat saya tunggu. Dapat pula dengan harga diskaun, semakin lebar le senyumnya. Saya sempat melihat kelibat K Norhashimah, editor Anis tapi tak sempat bergambar dengan beliau, memandangkan tiada kamera atau handphone waktu itu. Sempat juga melihat kelibat Ezam dan Dr Anuwar Ridhuan di main stage. Keadaan sungguh selesa hari itu.
Tarikan BSR sungguh kuat. Ini kali pertama saya membeli buku resepi, tapi pelaburan yang amat berbaloi dan mengiurkan. Buku Santapan keluaran DBP berharga RM49.90 dijual dengan harga RM10 sahaja. Rugi kau Kiah, x ke PBKL hari tu..:)
Kunjungan kali ini juga menemukan dengan sahabat yang datang jauh dari utara, terima kasih Mak Ngah atas ingatan tulus ikhlas dan kunjungan ke booth kami yang tidak seberapanya.. hanya air mineral saja mampu disajikan.. Hahahaha.. 

PBKL, jumpa lagi tahun depan, insha Allah.

No comments:

Post a Comment