Tuesday, 24 November 2026

Shopping @ MTM Mart

Tujuan utama kami ke MTM Mart nak beli ayam. Di sini ada ayam produk Muslim seperti Ayam Bismi, Mabrook, Az Zain dan Delima kot rasanya satu lagi jenama. Setahu Ummi ayam keluaran syarikat-syarikat ni semuanya diberi makanan organik dan tidak disuntik. Mungkin sebab tu ayamnya lebih sedap. 

Ada offer beli 3 pek, RM60. 
Harga 1 pek lebih kurang harga ayam segar di market. Cuma kita tak dapatlah the whole chicken tu. Ada yang potong 8, potong 9. Jadi takdelah bahagian leher, kaki dan organ. Kalau Ayam Az Zain ada dimasukkan sekali kaki ayam. 

Produk jenama Sudee yang orang dok bercakap di TT. Ummi memang ada guna cili kiub tu. Senang kadang nak guna sikit je cili kisar jadi ganti yang kiub ni je. Ada kiub serai, cili padi, bunga kantan dan halia. Nak masak cepat boleh campak-campak je kiub-kiub ni. 

Kuih muih frozen memang banyak pilihan. Tertarik dan kadang rasa kagum bila kuih muih begini pun boleh disejukbekukan untuk jualan. 

Roti jala frozen tu nanti nak try la...
Kuih sari ayu ni pun Ummi nak beli, excited pulak nak try. Hari tu tak beli sebab freezer agak penuh. 

Jenama Ehsan PKPS, produk Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor ada muka Ehsan Upin Ipin :D 

Kelmarin dulu Walid ke MTM Mart lagi, beli ayam Az Zaib pulak kali ni sebab ayam ni je yang tinggal. Yang lain belum restock. Rasanya sejak isu sembelihan ayam di Puchong tu tular, ramai beralih kepada ayam frozen yang diusahakan oleh syarikat Muslim. Macam ayam Mabrook tu syarikat Dr UZAR yang menguruskan. Halalan toyyiban. 

Ummi jadi member MTM Mart, dapatlah collect point. Nanti dah banyak boleh tolak point, jimat sikit duit. Cuma tak ingat macamana point tu dikira. 





22 comments:

  1. Wahhh.. bestnya shopping tempat macam ni. Biasa kalau macam ni, kita shopping barang yg perlu aje, tak berlama². Murah jugak ayam 3 ekor tu RM60, sebab ni bukan ayam biasa² kan. Sy pun kagum bab kuih-muih tu boleh difrozen. Tapi, kalau ada stok kuih kat rumah, senang bila2 nak minum petang tinggal kukus atau goreng jer, PH.

    ReplyDelete
  2. Kuih frozen tu senang kalau tetamu dtg mengejut boleh Hidangkan segera. Selalu akak beli karipap frozen. Ayam produk Muslim patut Di perluaskan jualan dia. Kadang susah nak jumpa apa lagi sejak tular ayam bangkai Di jual. Takut terbeli je Selama ini.

    ReplyDelete
  3. Wahhh..Menarik jgk kedai ni =D

    ReplyDelete
  4. Wah bagusnya! Saya kagum ada cili kiub itu. Pertama kali tahu.

    ReplyDelete
  5. 1st time dgr MTM Mart ..byk brg2 frozen tu...kalo produk Ehsan tu slalu bli time program rahmah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat area Tu Dok Ko & Banjaria Court tu MT, Taman Samudera

      Delete
  6. Menarik la MTM Mart ni. Senang cari makanan yang halalan toyyiban. Kiub Sudee tu saya ada jumpa dekat Ong Tai Kim. Saya beli lengkuas dgn halia sbb dua2 ni jarang2 guna dalam masakan, kalau beli yg fresh kadang2 smp layu / rosak pun tak pakai, membazir pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputlah datang, kedai kawan PH ni. Arwah Abe 😌

      Delete
  7. Dah lama tak pergi Muslim Mart macam ni....kalau pergi memang seronok. Macam2 boleh beli.

    ReplyDelete
  8. Kuih hijau tu tak pernah lagi nampak orang buat frozen..nak jugak

    ReplyDelete
  9. husband sekarang ni beli ayam di pasar dedekat rumah je. Mmg masih hidup lagi ayam tu dibelakang dorang sembelih satu2 dan proses. Risau juga nak beli yang di pasaraya

    ReplyDelete
  10. sekarang ni kuih muih pun dah banyak yang di frozen kan... senang dah

    ReplyDelete
  11. Pergi cari ayam, sekali kuih frozen pun menggoda ya PH 😄 Roti jala dan sari ayu tu menarik juga. Mujur freezer penuh, ada juga yang membantu menahan godaan hehe. Kiub bahan masakan tu nampak praktikal bila nak guna sedikit sahaja.

    ReplyDelete
  12. best jugak shopping kat sini..

    ReplyDelete
  13. Pernah juga jumpa kiub Sudee tu tapi tak pernah beli. Best juga shopping kat situ macam2 ada tu ye.

    ReplyDelete
  14. First time dengar MTM Mart..menarik la..apesal tempat best2 banyak kat area PH je ni..kat Seremban ni payah cari

    ReplyDelete
  15. Kiub Sudee tu menarik.. nak try cari lah.

    ReplyDelete
  16. saya dulu pernah kerja sebagai penyelia kat halal mart (sekarang dah terkubur) lebih kurang 10 tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  17. waa menarik betul kuih2 frozen tuuuu

    ReplyDelete
  18. Sini macam tak nampak lagi.. Nak kena usha juga kedai frozen kat sini, kot ada produk2 yang PH kongsikan ini..

    ReplyDelete
  19. Waah baru liat kue2 begitu di frozenkan. Isssh kalah ada di sini, pasti saya beli juga, kan mudah jadinya kalau nak kue tinggal kukus

    ReplyDelete
  20. mart yg jual produk bumiputera camni best jugak. banyak barang2 unik mcm kuih muih frozen yg tkde jual kat pasaraya :D

    ReplyDelete