Ahad lepas.
Ngeteh sambil tunggu baju dikeringkan di laundry.
Hujan lebat mencurah-curah.
Kalau masuk kedai mamak, Ummi selalu tanya Walid, pisang tu free ke? Haha... Berkenan tapi tak pernah pun beli. Sebab biasa masuk kedai mamak di dah ada target nak makan apa. Lagi pula dekat Nas Bistro ni dah hafal dah menunya.
Walid order mee goreng telur mata.
Adik as usual, megi goreng telur mata.
Dia minta tukar telur mata sebab telur mata dia tak cair macam Walid dapat :D
First time Ummi makan. Harga dalam RM1.80/pek. Ummi makan yang cheese dulu, rasa lemak-lemak manis. Adalah rasa cheese tu. Walid dan Adik pun cakap sedap. Dia macam roti bakar tapi tak keras. Lembut, lembab dan quite fluffy.
Yang blueberry Ummi makan esoknya. Pun sedap. Yang ni ada rasa manis-manis masam macam makan jem blueberry.
Kalau in hurry ke, nak alas perut sebelum travel ke sesuai roti ni. Memang sedap dan mengenyangkan.
Kawan-kawan dah try Ooobun ni? Suka flavor mana? Ummi suka yang cheese compared to blueberry flavor. Yang cheese tu rasanya lebih kurang macam original toast. Perisa lain belum try.
Ada yg baru serunding. Sedap layan.
ReplyDeleteYe Kak Notie? Nanti Sy cari...
DeleteMemang layan maggi goreng kalau kat mamak, sedap depa buat! Kalau buat sendiri tak jadik rasa mamak ..
ReplyDeleteYa betul sangat puan :D
DeleteSedap tgk teh tarik tu... Xpernh tgk roti tu
ReplyDeletePH dah beberapa kali jumpa roti ni tapi ni baru 1st time try.
DeleteOoo adik suka telur mata cair rupanya.
ReplyDeleteYe Kak Amie :D
DeleteMegi tu takde sayur langsung... kena mintak diskaun tu... hehehe
ReplyDeleteMemang budak tecik tu request; nak pedas, tak nak sayur gitew :D
DeleteNampak roti tu pun sedap tapi tak pernah jumpa lagi roti style gini.
ReplyDeleteSy pernah jumpa bbrp kali termasuk kedai acheh dekat rumah ni... tapi ni baru 1st time try.
DeletePernah nampak cuma tak pernah beli. Nanti nak try la beli.
ReplyDeleteTry la Cie, sedap bagi Akk la
DeleteKat mana nak beli roti tu..mcm x pernah nampak pun..
ReplyDeletePH beli dekat My News SA
Deletekak M makan hari tu..rasa juga sikit..
ReplyDeletepisang kena beli ye, kalau bawa ke masjid solat jumaat je yang free selalunya..orang sedekah jumaat
Yang di kedai mamak tu jual Linda. Yang free dekat masjid hihi 😁
DeleteWah...nampak sedap....saya belum pernah try roti ni
ReplyDeleteFirst time dengar roti Ooobun ni. Nanti nak buat siasatan ada ke rotinya di kedai mamak berdekatan ni
ReplyDeleteroti ooobun ni bekal pia balik asrama,fav dia sangat..
ReplyDeletekalau panaskan dalam airfryer sekejap lagi sedap tu PH
1st time lah MZ tahu kewujudan roti ooobun tu..nampak menarik laaa..boleh la try beli kalau terjumpa
ReplyDeleteTry masa gi Osaka last year, adik bawak. Tu lah 1st & last makan. Kat sini banyak je jual tapi tak tau ngape tak beli. Mungkin banyak lagi makanan selain roti😅
ReplyDeletetak pernah try lagi... kalau jumpa nanti nak belilah juga. Kita sekarang ni cheat day every Sunday je...time tu jelah nak makan benda2 gini
ReplyDeleteDulu saya ada je jual roti ooobun ni kat live tik tok. Sekarang dah senang kat pasaraya semua dah ada. 7E pun.
ReplyDeletepernah nampak roti oobun ni kat pasaraya. macmtu isi dalam dia ya
ReplyDelete