Ummi, Walid dan Adik ke Hospital Selayang Ahad lepas, ziarah suami Kak Aida (anak saudara pupu Ummi). Dah 3 minggu di hospital masa tu. Sakit sangat sampai berhari-hari tak boleh tidur jadi KA bawa ke hospital. Dapatlah rawatan yang lebih proper termasuk diberi morfin untuk kurangkan rasa sakit.
Rasanya Ummi baru 3-4x datang ke Hospital Selayang. Kali terakhir bawa arwah Tok 2 minggu sebelum Tok meninggal. Naik Grab pergi dan balik. Walid pula entah pernah ke tidak datang Ummi pun tak pasti. Yang pasti kami sesat nak masuk ke parkir 😆
Tawaf satu hospital sampai ke asrama staff. Lalu situ teringatlah Linda yang dulu menyelia asrama dan berkhidmat di sini.
Adik tak boleh naik sebab under 12 y/o jadi kena tunggu di bawah dulu. Bergilirlah Ummi dan Walid naik ziarah suami KA.
Semoga dipermudahkan urusan rawatan dan diberi kesembuhan hendaknya 🤲🏻
Untuk KA pun semoga terus tabah ❣️
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Wajiblah bawak buah tangan. Kali ni Ummi goreng bihun dan fries. Fries tu tabur serbuk cheese Bon Chef, sedap jadinya.
Pernah juga dulu ke hosp Selayang. Ziarah sepupu kena kanser. Lama dah masa zaman bujang lagi.
ReplyDeleteSemoga suami KA dianugerahi kesembuhan
ReplyDeleteMoga murah rezeki PH kerana berkongsi rezeki.
ReplyDeleteKepada yang sakit, moga diberikan kesembuhan. Sakit sangat tu sampai bagi morfin.
Teringat ada seorang kawan saya, bapa kepada kawan Dania....sakit dalam perut (kanser) bagi morfin tapi macam dah tak lut dah. Tetap sakit.....
ReplyDeleteSemoga semua urusan dipermudahkan untuk Kak Aida dan keluarganya
ReplyDeleteSalah satu fadilat melawat orang sakit ialah malaikat turun mengaminkan kata2 dan doa yang baik yang diucapkan oleh pelawat kepada pesakit (sumber dari hadis riwayat Muslim).
ReplyDeleteSemoga doa untuk kesembuhan pesakit dimakbulkan Allah SWT 🤲🏻
smoga diberikan kesembuhan utk suami kak aida..seronok kakak kt asrama dpt menu amsakan dr ummi tu
ReplyDeleteSemoga diringankan kesakitan dan Allah swt sembuhkan segera suami Kak Aida. Tentu payah tu menjaga orang sakit, semoga diberi kesihatan yg baik kpd Kak Aida jugak. Macam menarik fries tabur serbuk cheese tu, PH. Tengok mi goreng tu kecur jugak kita.
ReplyDeleteBetul la kak..bila hospital selayang je, mesti ingat dkt linda hehehe
ReplyDeleteooo hospital selayang tempat Linda dulu erk...SA x pernah sampai lagi..
ReplyDeletePernah beberapa kali pi meeting kat situ Dan pi jabatan Rekod atas urusan kerja. Ni dah lama tak pi. Pi sana ingat Linda. Ingat Linda pi hosp selayang
ReplyDeleteKenapa nampak mee goreng bukan bihun goreng.. typo error kot tu.
ReplyDeleteAkak sekali je pergi Hospital Selayang masa tu visit pakcik beberapa bula sebelum meninggal.
saya pernah berpengalaman menjadi pesakit denggi dan bermalam di wad hospitak selayang dekat 11 tahun lepas lebih/kurang.
ReplyDeleteshafahallah...MZ pun dh sgt lama tak gi hosp selayang..rasanya last gi situ zmn ariff sek rendah (djh 2 kot..) now ariff dh form 5
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat suami Kak Aida.. Aamiin.. Aamiin..
ReplyDeleteSemoga suami kan ada diberi kemudahan dalam pengobatannya yaa. 🤗
ReplyDeletesemoga diberikan kesembuhan..
ReplyDelete