Wednesday, 7 October 2026

Surprise utk Medina

Jumaat 2/10 Kakak Pulang Bermalam (PB). Jumaat tu juga birthday bestie dia, Medina. 

Jadi, Sabtu tu Ummi cadangkan buat surprise untuk Medina. Saja seronok-seronok, ciptakan kenangan untuk depa. Alhamdulillah Cik Tah aka Ibu pun bagi kerjasama padu πŸ‘πŸ»
Senang nak berkomplot sebab Ummi baik dengan Ibu.  

Cari hadiah dulu ...
Kakak belikan getah ikat rambut dan bantal gambar bear cute tengah tidur tu. Dia pakai duit masa dapat di Language Day tempohari. Bunga tu dari Ummi untuk Medina. 

Baju Ummi gaissss... Ummi pasrah je sekarang ni berkongsi wardrobe dengan dia 😌

Kakak siap nyanyi lagu HB kat masa jalan kaki nak ke rumah Medina ni. Medina pula tengah siap nak keluar rumah sebab Ibu paksa ikut pergi Ninso (trick dia). Elok keluar rumah, elok Kakak sampai. Perfect timing :) 
Terkejut dia, sampai nangis-nangis haha... 

Sayang dua-dua ❤️
Semoga kalian bersahabat selamanya. 


4 comments:

  1. Semoga persahabatannya hingga ke jannah ye anak-anak. Rezeki kawan yang baik tak semua orang dapat. Tak tau la kenapa tak keluar nama DinoHauz bila komen ni. Udah keluar nama Anjali pulaπŸ€”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjali pun Anjali la, kita jadi Rahul boleh ? Ahak!

      Terima kasih doanya. Begitulah harapnya, berkawan sampai ke syurga aamin 🀲🏻

      Delete
  2. Kawan baik duduk berjiran. Semoga persahabatan kekal ke akhirat.

    ReplyDelete
  3. Seronok dpt buat surprise bestie

    ReplyDelete