Monday, 19 October 2026

Khamis yang Kenyang

Syukur atas rezeki makan minum yang tak pernah putus dari-Nya. 

Rezeki Subuh.
Abang bawa balik dari surau. 

Mee goreng tu dalam pek kecil je, tak cukup untuk kami berdua. Jadi Ummi minta Abang tolong beli nasi dagang. Sementara dia cuti ni, boleh la Ummi gunakan khidmatnya pergi kedai :) 

Tengah hari makan laksa. 
Kuah laksa tu dah berzaman bertapa dalam freezer. Ummi panaskan, pun ada baki lagi sebekas kecil saiz taufu fah tu. Takpe, simpan nanti bila-bila teringin kita panaskan semula. 

Apa yang ada je la bahan sampingannya. Janji perut kenyang. 

Petang depa dua beradik  buat ramen. Ummi tumpang makan :)

Petola Masak Lemak + black fungus + suhun & fucuk untuk makan malam. Masih tak boleh move on dengan kesedapan masak lemak pucuk ubi + black fungus + daging salai yang dinikmati di kenduri di Janda Baik tempohari .
Tak dapat daging salai, dapat black fungus pun jadi la 😁

Regukan dengan keli belado. Entah berapa kali tambah nasi pun tak tau la  :p
Masak lemak regu dengan lauk bersambal memang ngam sangatlah. 

Supper ! 
Roti naan kari kambing ni Walid bawak balik dari surau. Sedap. 
Nak- nak dapat free ahak 😆 

Alhamdulillah terima kasih orang baik, terima kasih Allah atas segala nikmat. 

10 comments:

  1. Lama xmkn roti naan.... Sedap tu cicah karikambing

    ReplyDelete
  2. Pelbagai makanan, nasib baik dihidang pada waktu² yg berlainan kalau tak, keliru jugak yg mana nak dimakan. Sedapnya masak lemak tu, PH.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, sedap2 belaka ni. nikmat sgt!

    ReplyDelete
  4. Macam-macam makanan dalam sehari. Nikmat sungguh.

    Lauk masak lemak regu masakan bersambal, memang jadi menambah nasi 😀

    ReplyDelete
  5. nieyl weekend baru ni baru makan capati kari kambing hehehe..
    laksa sedapnya smlm baru makan juga hehehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tak putus2 rezeki makanan di rumah PH 😃

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah macam-macam makanan dapat , beli dan buat.

    ReplyDelete
  8. tengok petola ammi auto tergelak tadi..teringat Kyra. Haritu abahnya beli petola suruh dia buat sup letak suhun & fucuk. Dia buat petola tu macam peria..dia belah tengah pastu dok cungkil kaut keluar bahagian tengah... adoyaiiiii tengah menaip ni pun ammi gelak haha

    ReplyDelete
  9. Peberet tu petola masak sup. Tapi paling best ialah makanan free. Orang cakap cap pangkah sebab tak yah kuar duit

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka frozen kan kuah laksa. Nak makan laksa, senang tak payah buat kuahnya lagi.

    ReplyDelete