Syukur atas rezeki makan minum yang tak pernah putus dari-Nya.
Rezeki Subuh.
Abang bawa balik dari surau.
Mee goreng tu dalam pek kecil je, tak cukup untuk kami berdua. Jadi Ummi minta Abang tolong beli nasi dagang. Sementara dia cuti ni, boleh la Ummi gunakan khidmatnya pergi kedai :)
Kuah laksa tu dah berzaman bertapa dalam freezer. Ummi panaskan, pun ada baki lagi sebekas kecil saiz taufu fah tu. Takpe, simpan nanti bila-bila teringin kita panaskan semula.
Petola Masak Lemak + black fungus + suhun & fucuk untuk makan malam. Masih tak boleh move on dengan kesedapan masak lemak pucuk ubi + black fungus + daging salai yang dinikmati di kenduri di Janda Baik tempohari .
Tak dapat daging salai, dapat black fungus pun jadi la 😁
Regukan dengan keli belado. Entah berapa kali tambah nasi pun tak tau la :p
Masak lemak regu dengan lauk bersambal memang ngam sangatlah.
Roti naan kari kambing ni Walid bawak balik dari surau. Sedap.
Nak- nak dapat free ahak 😆
Alhamdulillah terima kasih orang baik, terima kasih Allah atas segala nikmat.
Lama xmkn roti naan.... Sedap tu cicah karikambing
ReplyDeletePelbagai makanan, nasib baik dihidang pada waktu² yg berlainan kalau tak, keliru jugak yg mana nak dimakan. Sedapnya masak lemak tu, PH.
ReplyDeletealhamdulillah, sedap2 belaka ni. nikmat sgt!
ReplyDeleteMacam-macam makanan dalam sehari. Nikmat sungguh.
ReplyDeleteLauk masak lemak regu masakan bersambal, memang jadi menambah nasi 😀
nieyl weekend baru ni baru makan capati kari kambing hehehe..
ReplyDeletelaksa sedapnya smlm baru makan juga hehehe
Alhamdulillah tak putus2 rezeki makanan di rumah PH 😃
ReplyDeleteAlhamdulillah macam-macam makanan dapat , beli dan buat.
ReplyDeletetengok petola ammi auto tergelak tadi..teringat Kyra. Haritu abahnya beli petola suruh dia buat sup letak suhun & fucuk. Dia buat petola tu macam peria..dia belah tengah pastu dok cungkil kaut keluar bahagian tengah... adoyaiiiii tengah menaip ni pun ammi gelak haha
ReplyDeletePeberet tu petola masak sup. Tapi paling best ialah makanan free. Orang cakap cap pangkah sebab tak yah kuar duit
ReplyDeleteSaya pun suka frozen kan kuah laksa. Nak makan laksa, senang tak payah buat kuahnya lagi.
ReplyDelete