Sunday, 11 October 2026

Breakfast Berdua

Kisah Isnin 5/10.

Lepas hantar Adik ke sekolah Ummi Walid ke Batu 8 Gombak. Cadangnya nak ke Warung Ambe yang famous lately. Sayangnya kedai tutup setiap Isnin. Lajak ke depan sikit, kami ke kedai makan yang ada jual roti canai kari kambing. Pernah beberapa kali dah Ummi share pasal kedai ni. 

Depa dah ready nak serve... 

Doh roti canai pun elok tersusun...

Kami order roti kosong 1 je buat raso-raso. 
Dua-dua jenis suka makan berat pagi-pagi. Orang Kedah kot noh... Nasi pagi petang siang malam onz ja 😁

Nasi goreng Ummi ni ambil lauk hati masak sambal. Excited Ummi tengok 1 tray besar lauk hati ni. Selalu tray kecik je biasa nampak tu. Maknanya sedap dan lakulah lauk ni kan... 

Walid pun ambil nasi goreng juga,nasi goreng putih. Ada 2 jenis nasi goreng. Lauknya kari daging, sambal bilis dan telur rebus. Nasi lemak pun dah ready tapi kami pilih nasi goreng kali ni.

Tengah makan tu, depa hantar 2 keping roti canai. Alamak! Makan sebiji kongsi-kongsi, satu lagi bungkus je la. Perut dah penuh dah :) 

Satu lagi sebab Ummi suka kedai ni sebab banyak kuih muih. Bukan jenis siap packing tapi boleh pilih ikut kesukaan kita. Ummi beli kuih ketayap, cucur kacang (kuih kasturi), kaswi pandan dan tepung seri muka. Kaswi pandan ni memang pakai air pandan la ni kan, warna lembut gitu. Biasa orang lama rajin buat kuih kaswi guna air pandan ni. Sedap, dan ada aroma yang wangi dari air pandan tu. 

Lewat petang tu baru makan roti canainya. Masih lembut wpun dah sejuk. 

Alhamdulillah. 

20 comments:

  1. Nampak piring & mangkuk tersusun nak serve customer, memang rare la restoran ni. Patutlah PH selalu dtg sini ya? Berdua breakfast boleh healing² pasal anak²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerap juga kami ke sini sbb kedai bersih, makanan pelbagai dan sedap and staff semua cekap. Lagi satu kedai ni semua anak muda kita yg manage. Itu yg kita support tu

      Delete
  2. susah nak jumpa roti canai , walaupun petang masih lembut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tempat Akk ni ada 2 3 tempat yg Akk biasa beli roti canainya lembut. Sedap makan wpun dah sejuk, bawa ke petang pun.

      Delete
  3. bab mkn berat pagi2 tu...haa my hubby ler tu..pagi2 memang mkn nasi berlauk! MZ jrg makan nasi berlauk...kalau mkn nasi pun, biasanya MZ makan nasi kerabu ajer hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng la hehe... I mmg prefer nasi or heavy food belah pagi. Dah terbiasa kot.

      Delete
  4. Ya Allah, seleranya tengok sarapan depa. Best boleh pilih banyak jenis lauk dan kuih macam ni. Kita pun ikut telan ailio ni, PH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ni lauk pauk dia keluar awal SK. Itu yg geram, kena ambik nasi jugak.. alasan sangatttt haha

      Delete
  5. Sama laa Suami kita PH, pepagi suka makan berat Nasi padang.. adeiii tak boleh nolakkk, sebab sama tersampuk nampak makanan banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Tapi kalau lauk banyak memang tak tahan. Pulak lauk yang baru dimasak, panas² lagi. Memang pilih nasi la :D

      Delete
  6. org klate pn suka mkn berat pg2 mcm nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu ..tu time keje dlu suka tapau nasi berlauk pg2 breakfast opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng :D
      Kalau pagi dah nasi, lunch tak makan pun takpe dah.

      Delete
  7. Sy pun suka kalau kedai tu ada jual kuih muih jgk =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan
      Nak-nak ada kuih traditional, memang beli juga seketul dua

      Delete
  8. Dah beberapa hari tak makan Roti canai. Nak kena cari juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... Dapat roti canai Melayu lagi sedap

      Delete
  9. Elok cantik je doh roti canai tu tersusun dalam tray tu ye. Saya pun buat nasi goreng utk sarapan berdua dgn Suami Terchenta pagi tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la saiz pun nampak sama je. Memang pro la tukang tebarnya ni.
      Sama la menu breakfast kita today :)

      Delete
  10. Suami Linda, kena makan nasi juga..kalau tak, lain macam.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Selalunya saya tak makan nasi la waktu pagi kecuali nasi goreng. Tapi kalau takde choice makan ajer.

    ReplyDelete