Saturday, 26 September 2026

Tebus Baucar Buku Madani

Alhamdulillah Kakak dan Angah dah tebus Baucar Buku Madani yang berjumlah RM100/seorang.

Ni buku yang Kakak beli. Semuanya buku aktiviti/buku latihan. Cikgu dah sediakan senarai buku untuk dibeli.  Standardize-kan, semua beli buku latihan yang sama, senang nak buat latihan dan ulangkaji sama-sama. 

Ada baki dari belian buku² aktiviti 👆🏻, boleh beli novel. Novel pun ada 2 pilihan je kata Kakak. Ini karya penulis terkenal, lejen la kan kalau sebut nama Ismail Sarbini ni. Kawan-kawan seangkatan Ummi mesti kenal dengan penulis tersohor ni. 

Ini pula karya SM Zakir, pun penulis terkenal jugakan? 

Buku-buku Angah katanya Cikgu suruh simpan di sekolah. Nak buat latihan/ulangkaji dalam kelas. UASA dah dekat ni, tak pastilah sempat ke tidak nak ulangkaji buku ni. Bukan apa, buku latihan sedia ada pun banyak juga, homework pun sentiasa ada... Harapnya anak-anak Ummi pandailah bahagikan masa untuk buat latihan, ulangkaji, homework dsbnya. 




7 comments:

  1. daktiga ni beli buku madani, sampai hari ni tak buka dr plastik parcel tu, buku ilmiah, buku latihan, mana maunyaaa 😆

    ReplyDelete
  2. tisya dlu jenuh tebus baucer buku utk latihan ulangkaji SPM...lps tu tkde stock soh tunggu..nk tukar tk bole mcm mana ntah.. ..time tu dh nk SPM tp tktau la asyik error...sudahnya buku2 tu smp time dh nk exam..sudahnya bg kt cousin tisya je la

    ReplyDelete
  3. Anak Cie baru ni Cie suruh beli buku untuk kegunaan tahun depan je. Tapi tu la shop yang dia klik tu macam banyak dah takde je.

    ReplyDelete
  4. rajin betul cikgunya siap tolong senaraikan lagi...
    kalau tersalah beli tak tahu laa hehehe

    ReplyDelete
  5. Bagus Baucar Buku Madani dimanfaatkan untuk buku latihan dan novel 📚 Bila cikgu seragamkan buku, memang lebih mudah ulang kaji bersama. Semoga Kakak dan Angah dipermudahkan menghadapi UASA nanti

    ReplyDelete
  6. Saya dah takda sapa dsh dalam rumah ni yang layak ....hihihi..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah Dania dah tebus dah novel tapi bacanya tak habis lagi sebab busy. Terima kasih la bagi voucher buku kat student sekolah dan Uni.

    ReplyDelete