Alhamdulillah Kakak dan Angah dah tebus Baucar Buku Madani yang berjumlah RM100/seorang.
Ni buku yang Kakak beli. Semuanya buku aktiviti/buku latihan. Cikgu dah sediakan senarai buku untuk dibeli. Standardize-kan, semua beli buku latihan yang sama, senang nak buat latihan dan ulangkaji sama-sama.
Ada baki dari belian buku² aktiviti 👆🏻, boleh beli novel. Novel pun ada 2 pilihan je kata Kakak. Ini karya penulis terkenal, lejen la kan kalau sebut nama Ismail Sarbini ni. Kawan-kawan seangkatan Ummi mesti kenal dengan penulis tersohor ni.
Buku-buku Angah katanya Cikgu suruh simpan di sekolah. Nak buat latihan/ulangkaji dalam kelas. UASA dah dekat ni, tak pastilah sempat ke tidak nak ulangkaji buku ni. Bukan apa, buku latihan sedia ada pun banyak juga, homework pun sentiasa ada... Harapnya anak-anak Ummi pandailah bahagikan masa untuk buat latihan, ulangkaji, homework dsbnya.
daktiga ni beli buku madani, sampai hari ni tak buka dr plastik parcel tu, buku ilmiah, buku latihan, mana maunyaaa 😆
ReplyDeletetisya dlu jenuh tebus baucer buku utk latihan ulangkaji SPM...lps tu tkde stock soh tunggu..nk tukar tk bole mcm mana ntah.. ..time tu dh nk SPM tp tktau la asyik error...sudahnya buku2 tu smp time dh nk exam..sudahnya bg kt cousin tisya je la
ReplyDeleteAnak Cie baru ni Cie suruh beli buku untuk kegunaan tahun depan je. Tapi tu la shop yang dia klik tu macam banyak dah takde je.
ReplyDeleterajin betul cikgunya siap tolong senaraikan lagi...
ReplyDeletekalau tersalah beli tak tahu laa hehehe
Bagus Baucar Buku Madani dimanfaatkan untuk buku latihan dan novel 📚 Bila cikgu seragamkan buku, memang lebih mudah ulang kaji bersama. Semoga Kakak dan Angah dipermudahkan menghadapi UASA nanti
ReplyDeleteSaya dah takda sapa dsh dalam rumah ni yang layak ....hihihi..
ReplyDeleteAlhamdulilah Dania dah tebus dah novel tapi bacanya tak habis lagi sebab busy. Terima kasih la bagi voucher buku kat student sekolah dan Uni.
ReplyDelete