Rabu, Hari Malaysia ๐ฒ๐พ
Selamat Hari Malaysia semua!
Hari ni Walid dan Adik cuti. Ummi pun cuti juga, cuti masak :D
Pagi Walid beli nasi lemak. Sampai ke Tu Dok Ko (di Batu Caves) Walid cari makan.
Naik motor, syukur sampai ๐คญ
Motor tu dah uzur, jarang keluar dari SG dah. Bila sampai ke Batu Caves ni kira hebatlah untuk motor ni.
Petang keluar sekejap ke SG, Adik nak fotokopi sijil.
Sijil Adik baru dapat. Joined kuiz online je, dapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan. Angah pun sama, joined quizzes ni cuti sekolah baru ni. Dapat 2 sijil. Alhamdulillah boleh masuk rekod PAJSK.
Walid ajak minum petang.
Beliau order roti bakar je.
Tapi, makannya tetap kongsi berdua.
Doa sempena Hari Malaysia, semoga negara kita terus aman, makmur dan bebas dari segala bentuk penjajahan. Aamin.
Dekat Manjung pun jerebu teruk hari ni. Tahap tidak sihat.
ReplyDeleteSedap tengok bihun goreng dia..
Salam Hari Malaysia, PH.
bacaan jerebu semakin meningkat nmpknya...roti sardin tu fav husband
ReplyDeletesedapnya roti sardin. tetiba teringin.
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia, PH. Tamak tapi kongsi, kira okey la tu, PH.
ReplyDeletekalau dulu kita biasa dengan salam satu Malaysia jika ada hari Malaysia begini...apa-apapun selamat bercuti semua...walaupun hari ini ramai yang sudah bekerja semula.
ReplyDeleteSY pun x kemana sgt smlm sis =D
ReplyDeleteselamat menyambut hari malaysia 2026 buat kak ph sekeluarga..
ReplyDeletetghari ni bacaan ejerebu 184 (MZ tgk kat control panel baby T)
ReplyDeleteBanyak tu maam order... Hihihi
ReplyDeleteHari ni dah 17 Sep dan jerebu area sini teruk la.
ReplyDeleteSamalah, Hari Malaysia kita gantung periuk jugak hihi.
ReplyDeleteoh, nak g rebus daging.
ReplyDeletenampak mihun ph ingat nak buat mihun sup hari ni.
hari ni baru 11 pagi tgk luar jerebu dah tebal
ReplyDeletesemalam ingatkan betul2 hujan
tp tu laa sekejap sgt
panas tuuu fuhhhh betul2 membahang
Semoga Malaysia terus aman makmur dan maju. Semoga jerebu cepat pulih juga.
ReplyDeleteKalau motor dah lama sikit risau juga kan nak bawa jalan jauh. Satu pencapaianlah tu boleh jalan jauh tanpa ada masalah.
Hihi..tamak tapi habis tu okaylah kan. Makan berkongsi cepatlah habisnya pun.
Tiba-tiba teringat lama tak makan roti sardin. Katanya jerebu ni sampai November ye
ReplyDeleteHari malaysia haritu dah plan nk gi keretapi sarong, pastu tak sihat pulak hari kejadian. Dgn jerebu yg menebal kay tengah2 KL tu
ReplyDelete