Wednesday, 16 September 2026

Selamat Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Rabu, Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 

Selamat Hari Malaysia semua!

Hari ni Walid dan Adik cuti. Ummi pun cuti juga, cuti masak :D 

Pagi Walid beli nasi lemak. Sampai ke Tu Dok Ko (di Batu Caves) Walid cari makan. 
Naik motor, syukur sampai ๐Ÿคญ
Motor tu dah uzur, jarang keluar dari SG dah. Bila sampai ke Batu Caves ni kira hebatlah untuk motor ni. 

Jerebu teruk hari ni :(

Petang keluar sekejap ke SG, Adik nak fotokopi sijil. 

Sijil Adik baru dapat. Joined kuiz online je, dapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan. Angah pun sama, joined quizzes ni cuti sekolah baru ni. Dapat 2 sijil. Alhamdulillah boleh masuk rekod PAJSK. 

Walid ajak minum petang. 
Beliau order roti bakar je. 

Ma'am order bihun goreng...

... dan roti sardin. 
Ketamakan Ummi terserlah di petang Hari Malaysia ni ๐Ÿ˜†

Tapi, makannya tetap kongsi berdua. 

Doa sempena Hari Malaysia, semoga negara kita terus aman, makmur dan bebas dari segala bentuk penjajahan. Aamin. 





16 comments:

  1. Dekat Manjung pun jerebu teruk hari ni. Tahap tidak sihat.
    Sedap tengok bihun goreng dia..
    Salam Hari Malaysia, PH.

    ReplyDelete
  2. bacaan jerebu semakin meningkat nmpknya...roti sardin tu fav husband

    ReplyDelete
  3. sedapnya roti sardin. tetiba teringin.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Malaysia, PH. Tamak tapi kongsi, kira okey la tu, PH.

    ReplyDelete
  5. kalau dulu kita biasa dengan salam satu Malaysia jika ada hari Malaysia begini...apa-apapun selamat bercuti semua...walaupun hari ini ramai yang sudah bekerja semula.

    ReplyDelete
  6. SY pun x kemana sgt smlm sis =D

    ReplyDelete
  7. selamat menyambut hari malaysia 2026 buat kak ph sekeluarga..

    ReplyDelete
  8. tghari ni bacaan ejerebu 184 (MZ tgk kat control panel baby T)

    ReplyDelete
  9. Hari ni dah 17 Sep dan jerebu area sini teruk la.

    ReplyDelete
  10. Samalah, Hari Malaysia kita gantung periuk jugak hihi.

    ReplyDelete
  11. oh, nak g rebus daging.
    nampak mihun ph ingat nak buat mihun sup hari ni.

    ReplyDelete
  12. hari ni baru 11 pagi tgk luar jerebu dah tebal
    semalam ingatkan betul2 hujan
    tp tu laa sekejap sgt
    panas tuuu fuhhhh betul2 membahang

    ReplyDelete
  13. Semoga Malaysia terus aman makmur dan maju. Semoga jerebu cepat pulih juga.
    Kalau motor dah lama sikit risau juga kan nak bawa jalan jauh. Satu pencapaianlah tu boleh jalan jauh tanpa ada masalah.
    Hihi..tamak tapi habis tu okaylah kan. Makan berkongsi cepatlah habisnya pun.

    ReplyDelete
  14. Tiba-tiba teringat lama tak makan roti sardin. Katanya jerebu ni sampai November ye

    ReplyDelete
  15. Hari malaysia haritu dah plan nk gi keretapi sarong, pastu tak sihat pulak hari kejadian. Dgn jerebu yg menebal kay tengah2 KL tu

    ReplyDelete