Sunday, 27 September 2026

Sarapan @ Nasi Lemak Ujang Corner, Greenwood

Akhirnya tercapai juga hajat nak sarapan di Nasi Lemak Ujang Corner di Greenwood ni. Ada sekali tu kami sampai, kedainya belum buka. Rupanya waktu operasi mereka bermula jam 8.00 pg hingga 12 mlm pada hari Selasa - Sabtu. Hari Isnin buka jam 3 ptg hingga 12 mlm dan Ahad pula buka jam 8.00 pg hingga 1 t/hari saja. Kalau datang Ahad susah nak parking sebab ada pasar pagi belakang Medan Selera Greenwood. Kami datang ni Sabtu. 

Boleh klik pada gambar untuk lihat lebih jelas waktu operasinya. 

Kedai ni lebih besar dan selesa berbanding di Bandar Baru Selayang yang kami pernah makan sebelum ni. Tak rasa crowded sangat walaupun time kami datang ni almost full house juga. 

Dari luar nampak penuh tapi bila masuk ke dalam kedai, ada je meja kosong. Konsepnya layan diri. Beratur depan kaunter nasi lemak tu, pilih lauk dan depa kira siap-siap harganya. Senang begitu. 

Pilihan kami. 
Walid pilih nasi lemak ayam goreng + telur mata, Adik nasi lemak paru + telur mata dan Ummi nasi lemak rendang ayam. Harga nasi lemak Walid dan Adik RM10 each manakala nasi lemak Ummi RM 9. 

Nasi lemaknya lengkap dengan telur rebus, timun yang rangup, ikan bilis dan kacang, pun rangup dan tak lemau. Sambal tumis tak pedas. Nasi lemaknya relai sebiji sebiji, Ummi suka. Bukan beras biasa, tapi bukan juga beras basmati. Tak pasti jenis beras yang digunakan. Sedap, both Ummi & Walid suka nasinya. 

Geram tengok telur mata ni... Telur kuningnya gedik-gedik. Sedap 😋

Untuk air kami order teh ais, sirap, nescafe panas dan air kosong. 


Keseluruhannya makanan sedap, service cepat, tempat pun okay dan harga pun berpatutan. Portion nasi memang mengenyangkan. Akan datang lagi, In Sha Allah. 

Kalau tak nak makan nasi lemak, ada juga jual makanan lain seperti lontong, roti canai (kedai sebelah tapi boleh order dan makan di Ujang Corner) dan pelbagai jenis mee.  

Jemput singgah. 


2 comments:

  1. sejak die pindah lokasi ni tk smp2 lg...time dkt medan selera greenwood dlu kerap juga la pi mkn..suka nasi lemak lauk paru...ingat bos blanja kami dlu siap bole pilih lauk byk tp agak2 la kn bos blanje ..kami pilih 2 je lauk...tp ada yg pilih 3 lauk hehe

    ReplyDelete
  2. Memang tak pernah ke sini la PH sebab jauh pun ya jugak tapi nasi lemak nampak menyelerakan ni.

    ReplyDelete