Jumaat pagi...
Cik Minah (mak Kak Alya) singgah di rumah.
"Nak kongsi rezeki sikit," katanya sambil menghulur sebungkus plastik. Sekilas pandang
Ummi ingatkan nasi lemak 😅
Nampak putih-putih gitu kan...
Setiap bungkus ni anggarannya sebiji kelapa. Kelapa ni dibawa Cik Minah dari kampungnya di Kuale (Kuala Kangsar). Siap mesin, masuk plastik dan simpan dalam freezer. Banyak hasilnya jadi bawa balik ke sini untuk disedekahkan kepada jiran-jiran.
Yang dalam balang tu acar buah. Airtangan Cik Minah ni. Selalu nampak dia up video masak acar buah kalau balik kampung. Seronok jadi orang pencen, boleh balik kampung selalu :D
Kebetulan Ummi baru selesai rebus ubi kayu pemberian Cik Leha tempohari. Rezeki Cik Minah la ubi kayu rebus tu.
Baru balik dari Cameron Highlands katanya. Adalah souvenir untuk Geng Main dia.
Alang-alang masuk sekali cerita buah tangan dari kawan-kawan Adik yang pergi bercuti cuti sekolah baru-baru ni.
Keychain kebaya nyonya tu tentulah dari Melaka, pemberian Aurora. Keychain penyu dari Insyirah yang bercuti di Ganu dan coklat Daim dari Fatih. Ingatkan pergi Langkawi tapi katanya dia ke Pulau Pangkor :D
Alhamdulillah macam-macam nikmat Allah bagi. Kecil besar, sikit banyak semuanya rezeki untuk disyukuri.
mcm2 rezeki dpt tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Paling besar rezekinya dapat jiran yg baik².
DeleteAlhamdulillah, rezeki dapat jiran yang baik hati dan anak pula ada ramai kawan yang bagi souvenir pergi bercuti. 🥰
ReplyDeleteBetul Nur, jiran yg baik pun rezeki. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah atas rezeki tersebut.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteWah..anak-anak sekarang pergi bercuti siap beli oleh-oleh buat kawan-kawan.
ReplyDeleteKan....
DeleteBukan untuk sorang dua, sekelas terus depa bagi 😁
Macam2 rezeki dapat tu. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya rezeki. Syukur selalu.
DeleteAlhamdulillah..anak² kan..seronok berbagi hadiah..walaupun sikit²..
ReplyDeleteNampak je barang ibu "nak ambik boleh, nak bagi kawan²"
Ye Linda. Anak Akk pun sama. Boleh tak adik nak yg ni, nak bagi sekian, sekian... Haha...
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDikelilingi org baik dan pemurah
Semoga murah rezeki si embers aamin
kelapa parut tu kalau beli kat kedai boleh tahan mahal. Nak-nak kalau dah jadi santan.
ReplyDeletesukanya dapat kelapa parut tu senang nak tanak pulut ikan masin pagi2
ReplyDeleteAlhamdulillah..Masing-masing ada rezekinya. Rezeki mengenali mereka yang baik hati dan pemurah kan. Macam-macam rezeki dapat.
ReplyDeleteSeronok tenguk PH berbagi rezeki sesama jiran. Jiran pun baik share rezeki bersama. Alhamdulillah
ReplyDelete