Friday, 18 September 2026

Random Photos This Week

Up dulu sini, sebelum delete :) 

Angah pergi pasar malam.
Beli nasi goreng kuali dan yong tau fu. 

Sesekali layan kenangan 😌 

Credit Mama Syirah

Demam sushi 😅
Airtangan Mama Syirah, terbaik 👍🏻 
Menjadi sushi dia. Ada beras sushi extra, dia simpan 1kg, bagi Ummi 1kg. Ingatkan Ummi yang akan buat dulu sebab dia awal-awal dah cakap malas, tup² jadi dan sushinya. 

Berguna betul plastik sampah mini (antara barang  yang Linda bagi) masa tukar-tukar hadiah Geng Blogger Gombak tu. Akak dah rasmi ye Linda :D 

Beli takoyaki buat bekal dalam kereta. Hari ni anak² asrama balik rumah. 

Jumaat DM (Dewan Makan) jamu aiskrim. 
Ummi duduk asrama dulu pun hari jumaat selalu DM bagi aiskrim jugak.

Breakfast.
Telur rebus tu telur ayam Lehmann Brown. Suka telur kuningnya, warna cantik. 

Sedap keledek ungu rebus cicah kelapa parut ni. Ubi ni manis. Saiz pun comel, 1-2x suap je seketul.

Masak lauk ikan tenggiri masak asam. Kesukaan Ummi, tapi kurang sambutan dari Walid dan Adik. 

Telur puyuh dan masak belado Adik suka. Tapi bila Ummi masak belado telur puyuh +  kentang dan terung dia tak nak pulak. Ummi masak ni gara-gara teringin tengok blogger Nieza masak hari tu. 

DeFaza ada promo set nasi ayam dan nasi berlauk (pilihan lauk tertentu). Jumaat singgah sini beli set promo depa. 

Selamat berhujung minggu! 


7 comments:

  1. Sebenarnya adik saya seorang pun dah berhenti kerja walau menjawat jawatan kat salah satu company. Anaknya 2 orang lelaki. Dialah yang menghantar anak ke sekolah dan masjid untuk solat jumaat. Kalau bab makan dalam kereta ni pernah juga saya experience masa tu lepas ambik Dania ke sekolah kebangsaan, kemudian kami ke masjid di bukit jalil. Time tu masjid tu baru lagi. Dania tumpang mandi dan siap2 untuk ke sekolah agama pula. Memang selesa sangat sebab bilik mandi pun bersih je sebab baru kan. Dah mandi, solat dulu kat masjid kemudian ke SRA Bandar Kinrara pula. Ummi lepak kat dalam Giant Kinrara selalunya. Lepas tu ambik Dania balik ke Kajang balik.

    Laluan Kajang - Bukit Jalil - Kajang - Bukit Jalil - Bandar Kinrara - Kajang.

    Reason tak tukar sekolah sebab Dania dah darjah 6. Ada je sekolah agama dan kebangsaan berdekatan tapi sebab ada peperiksaan UPSR takut emosi terganggu pula. Pagi gelap lagi Dania dah tiba SK Bukit Jalil sebab rumah jauh 18km.

    Terpanjang pula komennya PH sebab teringat memori dengan Dania dulu bila nampak anak PH makan dalam kereta.

    ReplyDelete
  2. Yong tau foo makanan popular di pasar malam. Tapi seram kalau nak membayar tu kan. hihihi...
    Cantik kejadian sushi tu. Malas, tiba-tiba siap pulak ek. Laju buat kerja Mama Syirah.
    keledek ungi rebus sedap. Saya suka rasa manis dia tak manis sangat.
    Kalau masakan berlado tu memang sedap.

    ReplyDelete
  3. Hahaha plastik mini tu sama gak dah guna ..kan berguna di peetengahan jalan 🤣🤣

    Alhamdulilah bagus didikan PH buat angah dan lain² semoga segala usaha dan penat lelah berbaloi dan dibalas dengan rezeki yang melimpah

    ReplyDelete
  4. Comelnya syshi air tangan Mama Syirah. Rapi kejadiannya.

    ReplyDelete
  5. Anak sulung saya tahun depan darjah 1, risau juga mengenangkan dia picky eater 😂 harap datanglah selera makan bila dekat kantin sekolah. Kalau tak kena bawa bekal.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..berguna juga plastik tu, Linda memang guna plastik tu, memang ada spare je..dalam kete, dalam rumah...hihi..

    ReplyDelete