Sunday, 13 September 2026

Nasi Ambeng @ Kenduri Hj Omar

Khamis malam Jumaat Walid bawa balik nasi ambeng dari surau. Tn Hj Omar adakan kenduri kesyukuran, bertemu jodoh semula di usia emas. 

Rakan-rakan Geng Dapur Surau yang bergotong-royong memasak juadah istimewa ni. Kata Walid, ada juga acara merenjis air mawar untuk pengantin dan ucapan aluan/tahniah dari Penyelaras DUN. Bukan kaleng-kaleng majlis Tn Hj Omar ni. 

Lauknya ada kari kambing, sambal tempe, sambal kelapa dan mee goreng. Biasa ada lauk ayam kicap kan nasi ambeng ni? Kari kambing tu pengganti ayam kicaplah agaknya. Rasanya ini kali pertama Ummi makan nasi ambeng lauk kambing. Majlis istimewa, lauk pun istimewa. 

Selain nasi ambeng, ada juga goodies bag berisi bunga telur dan sekotak tisu. 

Alhamdulillah tahniah Tn Hj Omar dan isteri. Baarakallahu lakuma 🤲🏻

2 comments:

  1. terliur kari kambing la plak! moga bahagia hingga jannah lah utk psgn mempelai. murah rezeki bertemu jodoh wpun usia emas

    ReplyDelete
  2. Selalu nasi ambeng ayam masak sumur tapi ni unik sebab ada kambing. Nampak sedap tu nasi ambengnya.

    ReplyDelete