Saturday, 19 September 2026

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SRAI


Jumaat lepas sekolah Adik buat majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan. 

Boleh pakai pakaian bertemakan Merdeka. 
Ada juga pertandingan pakaian tercantik bertemakan Merdeka tapi Adik tak nak masuk. Ummi tengok gambar pemenang² pakaian tercantik ni memang all out semuanya. Kreatif dan cantik belaka. Tahniah semua! 

Gambar dengan kawan-kawan sekelas. 
Kebanyakannya memang pakai pakaian kebangsaan. Bagus anak² ni. Semoga sikit sebanyak bila diadakan majlis begini dapatlah menjentik rasa kecintaan kepada mereka, generasi pewaris negara 🇲🇾.

Abang pun ada juga program Merdeka. 
Group dia kena pakai baju kuning katanya. Sempatlah keluar ke bandar cari baju. Jumpa jersey Harimau Malaya RM30 kot, okaylah tu. Dapat saguhati rasanya untuk Pertandingan Perbarisan Merdeka ni. Satu lagi acara Sayembara Puisi. Abang jadi penonton je. 




13 comments:

  1. suka tgk bdk2 bergaya dgn pakaian MERDEKA... Cantik2

    ReplyDelete
  2. meriahnya.. bertuah budak-budak zaman sekarang ..teringat dulu-dulu kami kibar bendera pakai uniform sekolah je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Kami sambut dalam dewan sekolah je rasanya. Pernah la masuk pertandingan menyanyi :D

      Delete
  3. Meriah baju2 dorg pelbagai fesyen.

    ReplyDelete
  4. kenapa adik tak nak msk?
    kee takut overshadow yg lainnnn hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Yg nak masuk tu mmg all out Anies. Beropol², bertopi, ber-cape bagai. Pakaian adik ni kira biasa je.

      Delete
  5. Replies
    1. Dia pilih sendiri, Umminya tolong siapkan je. Asal ada warna-warna Jalur Gemilang tu okay la tu :)

      Delete
  6. Rasanya semua sekolah buat majlis ni.
    Bagus untuk menanamkan semangat kewargenegaraan.

    ReplyDelete