Sunday, 6 September 2026

Last Day Cuti Sekolah

Jumaat takde mood sebab masalah tak boleh up komen tu. Sabtu semalam seharian di luar rumah, keluar daerah yang jaraknya >100km sehala dan hari ni Ahad anak² nak balik ke asrama. Sebab semalam tak sempat ke pasar, hari ni ke pasar dulu stock up barang basah untuk stok seminggu. Angah tolong basuh ayam 2 ekor, Ummi pula bersihkan yang selebihnya iaitu ikan-ikan dan kerang. Berus kerang seekor demi seekor itu yang lama tu.  Kemudian masak untuk makan tengahari. Selesai semua rasa macam kejung pinggang πŸ˜…


Yang anak² asrama berdua tu pun hari ni nak balik asrama, barulah kalut nak siapkan tugasan. Sorang sibuk tebuk botol plastik nak buat bekas semai benih untuk tugasan geografi, sorang lagi tak habis² edit video. Kali ni tugasan Bahasa Perancis pulak. Laptop Ummi dia guna, phone Ummi pun kadang dia pinjam jadi itu yang Ummi tak sempat nak blog walking juga. Si bongsu tu rasanya malam nanti baru homework dia menjelma 🫣

Done membebel πŸ˜†

Sarapan roti canai sedap di Kg Laksamana balik dari pasar pagi tadi. Kongsi berdua sebab nak rasa je.  

Kedai takde orang tapi pekerja semua sibuk. Ramai pelanggan order atas talian, tak menang tangan tengok para pekerja siapkan order. Abang² rider pun 4-5 orang dok menunggu order siap. Kata tukang kira, cuti sekolah ni parents yang kerja banyak order food untuk anak-anak di rumah. Oh begitu... 

Kedai masakan Pantai Timur... Awal pagi dah ada lauk, sebab ada yang pilih makan nasi putih (nasi berlauk). 

Walid pun ambil nasi berlauk...
Ummi pilih nasi goreng lauk Hati ayam dan telur masin. Nak makan nasi lemak, tengah masak. Lagi 5 minit katanya. Masak untuk  second round la kot sebab tengok lauk dan aksesori nasi lemak dah terhidang atas meja. 

Tauke kedai :p
Geram tengok puntung rokok tu. Ramai yang masih tak alert dengan larangan merokok di kedai makan/tempat awam 😬

By the time of writing, dah selamat hantar dak² asrama balik ke sarang ilmu. 

Dah selesai hantar semua balik ke asrama, ingatkan Ummi dah boleh bertenang. Check semula barang, Angah tertinggal baju Melayu pulak! Perkara paling ditakuti oleh mak-mak BATHI ni la... BATHI = Barang Apa Tertinggal Hari Ini. 

Tapi dia tenang je; "Takpa nanti Angah pinjam la baju kawan"  

Semudah itu dia cari solusi 🀷🏻




21 comments:

  1. Alahaiiiii anak. Si emak kalut yang tuan badan relaks2 je. Kalau dekat boleh hantar kalau jauh huhuhu je lah. Habis dah cuti sekolah

    ReplyDelete
  2. Hahaha adoiii biasa kan bdk² ni dah hujung² baru muncul kerja sekolah... hangin je kan... ni x tau la uyum sbb last 2 day aritu dia mc .... tgk la esok kot nama dia ada dalam list yg x siap keje sek πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  3. Arghhh... sudah...
    Angah.. Angah..
    rilex la ummi.. walid boleh pi hantaqπŸ˜†

    ReplyDelete
  4. kalau pinjam tu muat ke nnt?
    hehehhe

    tu laa geram betul sy dgn blogger ni
    dah semangat nak BW tp x boleh eeeee

    ReplyDelete
  5. Hahahahahah solusi dia memang bikin emaknya makin emosi jiwa πŸ˜…πŸ˜…. Saya tak merasakan anak2 sekolah asrama, jadi tak merasakan. Tp pernah juga anak2 tertinggal barang yg seharusnya dibawa ke sekolah.

    Jadi driver mereka balik rumah, tanya ttg barang yg tertinggal. Trus saya pula yg confuse barang apa yang dimaksud yaa. Soalnya jika ada barang tertinggal, mereka takut WA saya, Krn pasti akan saya marahi. Jadi driver yg di WA untuk hantarkan barang πŸ˜‚πŸ˜‚.

    ReplyDelete
  6. hahaaa comel part last tertinggal baju tu. same goes to my adli hari tu, cari seluar hitam. dah sampai hari kejadian, tak apa sy pinjam dgn kawan, dia bawa nnt. isk, yg kita dua hari sebelum kejadian dah menggelabah.

    let's go back to normal routine.

    ReplyDelete
  7. Dah nak masuk baru nak buat tugasan ya....hehe....Dania selalu macam tu masa sek rendah. Bila tanya ada homework kata macam tak ada tapi eh....bila nak masuk sekolah balik muncul semua homework. Heheheh

    ReplyDelete
  8. Bab tgal brg tu mmg sinonim ngan bdk asrama

    ReplyDelete
  9. Barang apa tertinggal hari ini memang menakutkan... hahaha...
    anak anak ni, cuti seminggu tapi dua hari lagi nak sekolah baru pulun buat semua.

    ReplyDelete
  10. Sy ni tiap kali blk KB mmg breakfast nasi sis.Paling best dpt mkn nasi kerabu dgn lemak bakar...Hahahaha

    ReplyDelete
  11. Bab kerja sekolah udah tak larat nak bebel. Kadang2 lepas Subuh baru dibuat kerojenyaπŸ₯ΉKalau didenda dek cikgu kot tak sempat siap kerja sekolah biorkan deme ye

    ReplyDelete
  12. Hahaha BATHI tu memang istilah wajib mak anak asrama πŸ˜‚ Ummi yang kalut, Angah rileks siap ada solusi pinjam baju kawan. Memang beza level kerisauan!

    ReplyDelete
  13. macam tiba2 je muncul eh kerja sekolah tu.. linda pula masa duduk asrama dulu, kalau boleh nak siapkan semua..tak nak bawa balik rumah.. berat beg.. hahaha...

    ReplyDelete
  14. Anak anak ni kan.....tak sah kalau tak tinggal barang....ingatkan ada MAHN ja...now dah ada BATHI pulak yer...hihihi

    ReplyDelete
  15. Kembali ke sekolah dah semua hari ni.

    ReplyDelete
  16. Anak2 ni la sia..gen Z, Alpha segala ni...kita yg kadang risau..kang lambat..kang ada barang tertinggal..mcm.Nia la...gosok baju ngan tudung pun pagi..ni kul 6.30am nak gerak dh ni balik Kolej..

    ReplyDelete
  17. masa;ah tak leh komen tu start jumaat pagi..memang tension laaa hahahah last2 i tutup jer semua blog...dan aha mlm tu baru bukak balik lappy..kebetulan sabtu-ahad tu i gi staycation kan

    ReplyDelete
  18. BATHI memang perkara paling mak-mak ada anak di asrama takut. Benda pakai sekali sekala takpe...ni dah sampai sekolah tiba2 kasut kulit tinggal kat atas rak kasut. Huhuhu...

    ReplyDelete
  19. First time dengar singkatan BATHi.. Tapi hakikatnya itulah dia kan. Kadang dah pesan banyak kali, beberapa hari awal... In the end, ada juga yang terlupa, tertinggal. Geram aihh

    ReplyDelete
  20. Jumaat tu memang hilang mood terus dibuatnya. Bagus juga dorang ada kan, boleh juga membantu kerja rumah apa yang patut.
    Biasalah tu, dah last minit baru nak buat tugasan. Time tu la kalut.hihihi...
    Wahh pagi-pagi dah jamu dengan nasi dan lauk sedap. Kenyang sampai petang ni. Entahlah ek, masih ada yang merokok di premis kawasan larangan. Tak faham betul.
    Ada je barang tinggal kan, selaju itu dia fikir dan selesaikan masalah.

    ReplyDelete