Lepas Subuh Abang kongsi gambar ni ...
Nak ke kelas pun tunggu reda sikit hujannya.
Payung takde, baju hujan pun takde :(
Sudahnya bila hujan reda sikit redah jugalah hujan. Pakai sandal ke kelas hari ni, takut kasut basah katanya. Kelas sejam je, 8-9 pg. Sepatutnya ada lagi kelas selepas tu tapi lecturers ada program. Masih hujan, jadi terus ke library buat ulangkaji.
NDAT ke Abang?
"Bukan, ada booth jual makanan depan library" katanya.
Ini cerita Abang.
Cerita Ummi pula... Keluar awal pagi atas suatu urusan.
KLCC, TRX, Merdeka 118, KL Tower semua 'hilang' :(
Matahari merah menyala tapi sinarannya tertutup dek jerebu tebal.
Ku sangka jerebu hingga ke petang, rupanya hujan selepas Zohor. Ni dekat area Greenwood, seram tengok air bertakung tu... Masih trauma kalau hujan lebat area sini, takut banjir kilat macam few years ago. Tengah menunggu hujung² traffic light merah ni bertukar ke hijau tiba² petir menyambar! Dari merah, tukar ke kuning pulak 😅 Mujurlah sekejap je, sebelum hijau semula. Tapi traffic light lagi satu, depan Sifu Durian tu, padam terus. Ummi sempat la nampak hijaunya dan jalan. Kereta-kereta belakang macam pakat berhenti sebab tak sure la kot siapa patut jalan masa tu.
Dekat sekolah macam biasa, air naiklah di sesetengah tempat kalau hujan lebat begini. Syukur Ummi sampai on time, belum jammed lagi dan air pun belum tinggi. Harapnya tak sampai banjirlah. Semoga dipermudahkan urusan semua dan hujan lebat ni dapat membersihkan udara.
#Blog Ummi ada problem. Bloglist tak auto update jadi kena klik blog satu satu untuk tengok kalau ada entry terkini. Thus, ambil masa sikit dan slow blog walking 🙏🏻
Alhamdulillah, tempat saya pun hujan malam tadi.. kuranglah sikit wap panas.. sama bloglist saya pun x update
ReplyDeleteSemalam gelap pekat awan masa pukul 10 pagi lebih tertanya-tanya ini jerebu ke hendak hujam. Lepas itu syikurlah hujan. Lepas itu cuaca panas berdenting.
ReplyDeleteTakut juga petir sambar lampu isyarat.
Akak ingat awat le dah lama publish tak naik rupanya semua pun sama. Huhuhu sabor je lah
ReplyDeleteGeram la..lepas satu- satu problem la blogspot ni..x tau la diorang buat penambahbaikkan ke apa...jgn risau PH...semua masalah sama..bukan PH je...SA pun sama klik satu2 blog nak tengok ada entry baru ke tak...buat mood ke laut je kan....
ReplyDeletecuaca tak menentu sekarang kan, dengan jerebunya.. tapi bila hujan ni lega sket.. kurang sket jerebunya tu.. cuma sebolehnya elak kepala kena hujan.. mau dedor badan tu..
ReplyDeleteNampaknya kena standby payung dan baju hujan lepas ni.
ReplyDeleteBiru betul nasi kerabu dia.
Dasyat tu jerebu sampai semua hilang dari pandangan. Matahari pun kabur je tengok. Semalam ada orang share banjir di KL sebab hujan. Risau juga kalau hujan lebat jadi banjir kilat. Tapi redalah sikit jerebunya.
Hujan-hujan ni kena lebih berhati-hati, apa-apa pun boleh berlaku. Kita pun kena alert. Syukur Allah permudah segala urusan. dan selamat sampai.
Ye, sebelum ni bloglist di sidebar tu update juga walaupun lambat. Kalini lansung dia tak update. Blogspot oh blogspot, kenapa begini???
ReplyDeletesamalah...bloglist di sidebar letak entry yang semalam sebagai yg last, bila buka eh ada je korang buat entry baru. macam ammi nak buat new entry pun gambar susah nak up. Ammi kena copy & paste gambar masuk dalam blog baru boleh...tak boleh add terus dari blogger
ReplyDeleteWaaah Biru sangat nasi kerabu nya kak 😅. Kalau nasi kerabu , pas di KL june kemarin masih sempat merasa. At least terobati rindu makan itu.
ReplyDeleteKalau saya memang save list blog teman2 di draft email. Dan tiap hari akan saya BW 15-20 blog . Jadi buka manual, kalau ada tulisan baru, saya baca, kalau tak ada, close dulu.
makin truk jerebu tu..tp awal pg ni hujan..ptg pn hujan..alhamdulillah....mmg blog dr smlm tk keluar latest entry...lps tu arini tk bole plak upload gmbr...mcm2 hal la blog ni
ReplyDeleteBirunya warna nasi tu.
ReplyDeleteAlhamdulilah malam tadi, pagi tadi dan petang tadi hujan di sentul / batu muda... sejuk la sket dari jerebu dan cuaca panas kering.
ReplyDeleteBetul.la stress kan bila bloglist tak hapdet. Auto jadi mlas nak bw
Alhamdulillah, hujan lebat. Semoga jerebu makin kurang. Sini, hujan sikit sangat, bahang masih terasa. Sama, lagi satu masalah, tak boleh add gambar untuk entri baru. Sabor je la.
ReplyDeleteMacam hujan sekejap je kat sini tapi ok lah kan sejukkan bumi. Idak panas betul ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada hujannya. Semoga Allah angkat jerubu ini dari seluruh tempat. Biru sungguh nasi kerabu yang abang makan
ReplyDeletesyukur smlm jerebu mcm dh semakin ok..pg ni pun nampak terang ni cahaya matahari
ReplyDeletebila tengok hujan lebat dan ada kaw yang naik banjir, syukur rasanya
ReplyDeletesebab dah terlalu lama kita membahang kan?
dengan jerebunya aduhhh
mlm2 sejuk laa sikit bila hujan ni
harap berterusan laa hujannya...