Monday, 21 September 2026

Dinner Mee Kari

Terpengaruh dengan Maksu yang masak Mee Kari, Ummi pun masak Mee Kari juga. Depa makan untuk sarapan dan lunch, Ummi masak untuk dinner. Kiranya Mee Kari ni boleh dimakan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. 
Gitu :) 

Versi simple je, janji sedap di tekak :) 
 Mee kuning, kari ayam, pakchoy celur, telur puyuh, hirisan cili, limau kasturi dan taburan bawang goreng rangup. Ayam tu Ummi minta Cik Mas Ikan potong saiz 'ayam singgit'. Puashatilah makan seketul² gitu. 

Alhamdulillah, Allah bagi sedap. Anak³ pakat ucap terima kasih Ummi, sedaplah. Hilang penat Ummi kelentang kelentong di dapur :D 

Cukup hanya ayam dalam kari dan telur puyuh sebagai 'lauknya'. 

Versi Maksu meriah dengan bola-bola 😍

Adik: Ummi, bola apa boleh makan? 
Ummi: fish ball 
😁

26 comments:

  1. Nampak menyelerakan sungguh! Kalaulah boleh tumpang makan kan best hihihih

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan mee kari. Adakah perlu di cari? Mimpilah kalau diriku masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya kena beli la tu hihi ..

      Delete
    2. Betul. Kalau nak buat sendiri 'memang tak lah'.

      Delete
  3. mee kari ni kalau dapat kuah kari yg betul2 pekat mmg layaaannn.. pastu ada tauhu kering, fishball hahaha perghh mmg ulang byk kali pun x bosan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ako. Tapi PH tak suka sangat kuah pekat, rasa berempah :(

      Delete
  4. Lama tak masak mi kari. Raya hari tu hampir semua rumah kami beraya ada mi kari.

    ReplyDelete
  5. sedap tu mee kari...slalu MIL yg masak...kita suka ada kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau ada kerang lagi umphhh 😋
      Sebenarnya nampak dah kerang tu masa dekat pasar. Pilih² ikan, sembang dgn penjual terus lupa kerang 😅

      Delete
  6. Mee kari ni kami makan juga untuk sarapan, lunch dan dinner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan, sekali masak je tapi boleh makan berkali-kali.

      Delete
  7. Walaupun PH kata simple, tapi tetap meriah! Rasanya lama betul saya tak makan mi kari.

    ReplyDelete
  8. okey masuk list menu Jumaat nnt. thank you idea telur puyuh tu, hahaaa tak terfikir pula nak guna telur jimat tu.

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan telur puyuh ni PH. Saya suka.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya mee kari. Tak pernah cuba buat sendiri sbb yg lain tak minat mee berkari ni kecuali laksa Sarawak hehe

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa...rindu plak nak buat mee kari

    ReplyDelete
  12. Menu mi kari ni kalau makan dari pagi sampai malam pun takpe. Masak sendiri boleh makan ulang-ulang dan bertambah. Kann...
    Tak simple sangat ni, banyak juga rencah dia tu. Berselera masing-masing makan. Hilang penat terus Ummi masak.
    Silaplah adik tanya Ummi teka teki tu kan. Confirmlah Ummi tahu.

    ReplyDelete
  13. Mee kari ni apa function pun ok. Apa lagi masak sendiri penuh dengan kasih sayang

    ReplyDelete
  14. Lihat dari bentuknya pun dah tahu sedap 😍😍😍😄. Simple tapi cukup ada protein ayam dan sayur. Ada telur juga kan.

    ReplyDelete
  15. Saya dah lama tak makan mi kari, PH. Sedap tengok yang PH masak ni. 😋

    ReplyDelete
  16. ada belen lg takkkkk
    lapar niiiii
    hehehhee

    ReplyDelete
  17. Kalau Linda pun, letak bola².. sebab anak² makan.. kalau malas masuk dalam kari tu, letak dekat luar je.. buat side dish...lajus habis nya

    ReplyDelete