Almarhum ayah Ustaz Aliff adalah mantan Pengerusi Surau di perumahan kami. Jadi, untuk majlis istimewa ni, Ustaz Aliff jemput AJK Surau dan jiran² ayahnya untuk sama² meraikan hari bahagianya. Sewaktu majlis sebelah pengantin perempuan di Melaka tempohari pun AJK Surau dan ahli Kelab Motor Surau berkonvoi ke Melaka, dijemput hadir sebagai rombongan pengantin lelaki. Kami tak ikut sebab ada urusan lain.
Walid dapat juga jemputan peribadi dari UA dan ibunya. Kebetulan jumpa di warung nasi lemak. Cuma Ummi yang hadir bersama Walid. Anak³ semua tak nak ikut. Untuk depa Ummi masak ayam masak merah dan nasi pun masak siap². Nanti lapar makan je.
Welcome board yg simple tapi menarik bagi Ummi. Ada kalimah Basmallah dan potongan ayat Al Quran serta hiasan yang minima.
Tengok gambar ni pun kecur :)
Ummi ambil nasi putih sebab nak makan masak lemak ikan masin + nenas tu. Ada pulak sambal belacan yang pedas² tu, rasa nak tambah nasi!
Makan juga karipap pusing, kek marble, dadih dan laksa kongsi² dengan Walid. Air teh tarik dan air balang soda herbs. Sedap semuanya alhamdulillah.
Sebelum balik kami pergi menyapa pengantin. Suka tengok pakaian pengantin, tak berlebihan tapi naik seri pengantin. Almaklumlah Ustaz Aliff pun imam. Alhamdulillah tumpang happy tengok mereka. Semoga diberkati Allah SWT perkahwinan Ustaz dan isteri 🤲🏻
Sebelum minta diri, Ummi disapa oleh seseorang iaitu kawan uni Ummi yang juga sepupu sebelah ibu Ustaz. Lama tak jumpa kawan Ummi ni. Sempatlah bergambar sekeping dua dan bertukar² cerita. Tapi tak boleh lama², dia tukang jaga duit salam kaut makciknya. Jadi banker katanya sambil menepuk sling bag yang tebal itu hehe...
Sekali lagi, Selamat Pengantin Baru Ustaz & isteri. Baarakallahu la kuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻
Surau pun ada kelab motor.. hebat² belaka penduduk situ.
ReplyDeleteHaaa.. dapat hadiah pinggan mangkuk kena pakai terus tanda menghargai.
Alhamdulillah, barakah sungguh majlis Ustaz Aliff! Erat hubungan silaturahim jiran & AJK Surau. Moga mahligai dibina sentiasa happy & blessed. Juadah apa paling memorable majlis haritu? Cantik mangkuk tu PH!
ReplyDeletesedapnyer lauk kenduri kahwin nyum2
ReplyDeleteterbaik la permuafakatannya...
ReplyDeleteselamat pengantin baru ustaz dan pasangan, semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah..aamin
Menarik goodie bag tu =D
ReplyDeleteSedapnya makanan!
ReplyDeleteHehe sayapun pernah jadi banker. Sama-sama sibuk dengan Emak dan Abah. Tidak boleh mengular atau makan sekali lagi.
lauk kenduri sedap2....
ReplyDeletesemoga berbahagia hingga ke jannah pengantin...