Friday, 28 August 2026

Triple J

Triple J = Jumaat, Jerebu, Jammed


Ummi nak balik ke Sri Gombak je, tapi terpaksa berkonvoi dengan kenderaan yang nak menghala ke Tol Gombak. Untuk makluman, esok cuti sekolah dah mula. Hari ni banyak pergerakan kenderaan sama ada nak balik kampung atau jemput anak di asrama, macam Ummi ni. 

Dari area PPAM tu lagi dah 'sangkut'. Dari sini sementara nak lepas kuil Batu Caves tu dekat sejam 😇

Apapun semoga dipermudahkan urusan semua. Hati² memandu, tak kiralah ke mana pun destinasinya. Long weekend kan... 


Berkaitan dengan jerebu pula, take care semua. Mata Ummi dah start gatal dan merah. Padahal bukan lama sangat berada di luar, sekadar menyapu porch, siram pokok dan keluar ambil Adik balik sekolah gitu ja. Tapi setiap kali keluar tu memang tak selesa rasanya. Umpama sedut asap, bukan udara :( 

12 comments:

  1. cuti sekolah dh start...mmg jammed la menghala tol gombak td tgk org update

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, situ main exit nak ke Pantai Timur. Kita bertabahlah ye :)

      Delete
  2. Bila cuti sekolah route ke pejabat akan lengang tetapi jalan ke tempat-tempat percutian dan menghala ke kampung yang akan sesak. Semoga semakin membaik kualiti udara di tempat terkesan jerubu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KSarie.
      Nak pusing Klang Valley ni pun tak sesak sangat.
      Hope so aamin 🤲🏻

      Delete
  3. Hari ni dah mula sesak dah sebab cuti long weekend dan cuti sekolah. Cuti sekolah ni kena kurangkan juga aktiviti luar nampaknya kan. Bahaya betul jerebu sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fiza sana sini sesak.
      Ye, jerebu masih belum elok. Tapi hari ni nampak matahari terang di tempat Akk ni alhamdulillah

      Delete
  4. Tu la kan dok gombak ni mmg bertabah la tiap kali musim cuti haha.. nak blk rumah je pun tp nak kena hadap jem bole buat stress hehe..

    So cuti² mmg better dok rumah je la dendiam 😅😅

    ReplyDelete
  5. Bertabahlah ya warga Gombak.

    ReplyDelete
  6. Ammi patutnya keje semalam sbb ada doc nak difilekan di Court. Mujur juga pihak lawan request for extension of time jadi ayat bos adalah “no need to comelah then Shila, traffic gonna be massive”. Soooo selamatlah saya

    ReplyDelete
  7. SA pun dh start perit2 tekak dan batuk skit..mata merah merah la..semua anak2 PH berkumpul la ni ye seminggu ni...

    ReplyDelete
  8. berlengas dgn cuaca jerebu ni, daktiga ni disuruh pakai face mask, eh gak mau semuanya. cuti skola, stayhome je la, harap tak kopakla pintu peti ais tu.
    take care ph.

    ReplyDelete