Saturday, 8 August 2026

Catatan 24 Safar 1448H

Berita paling dinanti sejak tengah malam tadi semestinya berita dari Abang, dah selamat sampai ke belum di Ganu. Ummi terjaga awal pagi, tengok location Abang share baru sampai di R&R Gambang pukul 3.00 pagi. Apapun alhamdulillah dah selamat sampai di kolej sekitar jam 7.45 pagi tadi. Begitulah mak² ni, selagi anak tak sampai ke destinasi, tak senang hati. 

Selesai bab Abang, marilah bersiap... Ada beberapa perkara nak diuruskan. 

OOTD
Again, tudung pemberian Kak Mulan, one of my favorites sebab match dengan banyak blaus dalam gobok.

Angah pula dah minta dihantar ke asrama hari ni, walaupun MC sampai esok. Alhamdulillah bengkak pada muka dan mata dah surut. Cuma ubat kena continue sampai besok pesan Doc. 

Dah berminggu tak hujan, hari ni cuaca mendung dan alhamdulillah hujan turun sekejap sebelum tengahari di tempat kami. 

Nak balik ke rumah selepas selesai segala urusan di luar, Mak Bee called bagitahu ada letak petai di pagar. Masa keluar Ummi dah jeling² petai di gerai seberang jalan. Tak decide nak beli ke tidak sebab teringat Abang baru balik Ganu. Takde geng petai dekat rumah haha... Tapi itulah, dah tertulis Ummi makan petai hari ni, maka sampai juga di pagar alhamdulillah. 

Teringin pulak nak makan petai mentah, makanya ambillah 3-4 mata buat raso². Nasi goreng ni Walid yang masak untuk dinner. 

Ummi jarang sebenarnya makan petai mentah, paling tidak buat sambal atau masa arwah Tok ada, Tok bakar petai untuk Ummi buat ulam. Setakat ni Ummi tak makan petai rebus atau jeruk petai. Tapi Ummi suka sangat tolong Tok picit tangkai petai rebus yang nak dibuat jeruk petai tu. 

Alhamdulillah untuk hari yang baik. 


12 comments:

  1. Selagi anak tak sampai memang tak senang duduk dibuatnya.
    Akak suka je sebarang petai. Biasa makan mentah dengan sambal belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak.
      Sy baru belajar² makan petai mentah.

      Delete
  2. Perjalanan jauh tu buat kita risau. Doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak. Best juga tu hujan kejap, sini panas betul. Kagum orang boleh makan petai, jering, kerdas mentah-mentah ni. Kalau saya kena masak sambal ke baru boleh makan. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk baru belajar² Fiza. Time makan takdelah kuat baunya tapi after taste tu yang kadang tak tahan. Rasa dan bau melekat hihi

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Begitulah emak² kan. Bak kata mama saya, emak ni akan sentiasa ingat, fikir dan risaukan anak² walaupun dah besar panjang, dan beranak pinak.. 🥹

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah anak selamat sampai! Naluri ibu memang tak pernah tenang. Rezeki petai di pagar rumah buat ubat rindu.

    ReplyDelete
  6. Masa kecik-kecik dulu memang makan petai mentah. Ikut gaya emak, buat ulam. Kadang ratah begitu saja.

    ReplyDelete
  7. Nampak pulak petai ni PH. Memang peminat petai saya ni. Tudung tu alahai sweet sangat warnanya.....

    ReplyDelete
  8. Aduhai. Terliur tgk petai tu..Hahhaha

    ReplyDelete
  9. baru je tadi makan sambal petai, makan ngan nasi lemak. saya pun tak pernah makan petai mentah

    ReplyDelete
  10. Saya sukaaaa petai 😄😍😍😍. Biasanya dibakar sekejab dengan kulitnya2. Makan dengan sambal belacan. Jarang makan mentah. Atau dibuat sambal. Atau campur dalam masakan lemak Cili api 😄👍

    ReplyDelete