Pukul 5.30 pagi, Angah called Ummi.
"Muka Angah bengkak, macam hari tu", katanya
Selesai segala kerja rumah, Ummi ke asrama. Tengok keadaan dia memang nak kena bawa ke kliniklah. Kali ni mata dan pipi bengkak. Hari tu bibir dan dagu bengkak. Dalam gambar tak nampak sangat tapi tengok depan², muka macam kena tumbuk 🫣
Ikutkan esok Angah ada program, jadi 'guru halaqah'/fasi untuk majlis Khatam Madani. Sijil peringkat kebangsaan tu, tapi bukan rezeki Angah lah kali ni.
Belum tahu punca sebenar allergic Angah ni. Cuma kali kedua ni pun jadi lepas main bola di padang sekolah. Rupanya memang ada allergy disebabkan tumbuhan/rumput. Cuma, dah tahun ketiga Angah di asrama, sekarang baru jadi. Itu yang pelik tu.
Ikut pada pamphlet tu pelbagai punca yang boleh menyebabkan terjadinya alergik ni. Simptom pun berbeza. Macam Angah ni mula dengan selsema, batuk² sejak sehari dua lalu kemudian malam tadi muka mula bengkak. Lepas makan ubat, alhamdulillah bengkak mula surut.
Angah skipped breakfast dan minum pagi (rehat) sebab duduk di bilik sakit. Singgah la kejap di jambatan, beli takoyaki. Lama tak beli, rasa terlebih sedap pulak takoyaki ni :) Berebut pulak makan dengan anak³, rasa tak cukup hihi...
Geng Sri Gombak dan kawasan yang sewaktu dengannya kot nak donate pakaian & barangan terpakai boleh hantar ke Masjid Al Khairiyyah hujung minggu ni.
Bas patut pukul 2300, pukul 1215 baru sampai. Pukul 7.40 selamat sampai di kolej, alhamdulillah.
Selamat berhujung minggu ❣️
Semoga Angah cepat sihat. Kena stay away dari padang bola la tu kot, sebab dah dua kali jadi lepas main bola.
ReplyDeleteAnak cucu Peah menyusu sekalikah itu? Hehe.. meriahnya.. anak bulus.
Tes alergi memang mahal sangat 😢. Dulu pun dokter suggest ke anak saya. Untung dicover oleh company . Kalau tak memang pikir lama nak lakukan atau tak. Tp terkadang hilang dengan sendirinya kak.
ReplyDeleteKrn anak saya dulu pun dibilang alergi susu. Hanya saja dah besar, dah tak masalah minum susu
Ramainya anak peah 😅.kakak akan pelihara semua?
Kalau dah tahu punca senang sikit nak manage.
ReplyDeleteBanyaknya anak kucing... aduhhh.. tak sanggup akak nak membela. Teruk betul bila bukan pencinta haiwan huhu
Syukur dah susut tu. Risau juga tu tak tahu apa puncanya. Ye, allergic test memang mahal. Nak buat tapi tak buat-buat lagi. Banyaknya anabul. Pasrah je maknya anak ramai menyusu sekali semuanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat abang sampai. Selamat kembali belajar selepas lama bercuti.
semoga angah cepat sihat..
ReplyDeletemak aii, banyaknya cucu kucing!